Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.bang] | برکوبڠ

Definisi : Kl bersepah-sepah (sampah, kain baju, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.bang] | برکوبڠ

Definisi : 1. berendam atau bergolek dlm air yg berlumpur (bkn kerbau, babi, dll): pergi juga ia bermain-main dlm lumpur dan ~ dlm sungai itu dgn sukanya; 2. ki bersarang, bertempat: dadanya tempat iblis ~; 3. ber­lumpur, bergelumang dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.bang] | برکوبڠ

Definisi : berendam dlm kubang (bkn kerbau dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang berlumpur, lopak;,
Kata Terbitan : berkubang,

Puisi
 

Tanduk rusa bercabang dua,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Dosa ini dosa semua,
     Kalau mati seorang jangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seruas tebu yang berulat,
     sebatangnya dibuang.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah frasa berkubang dalam selimut betul . -----------------------------

Frasa "berkubang dalam selimut" - betul dan boleh diterima dalam bahasa percakapan tetapi tidak dalam konteks rasmi.

Tatabahasa06.04.2009
Sekumpulan kerbau sedang berkubang di bawah pokok yang berdaun kurus itu. munsyi, adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? TKAyat yang gramatis Sekumpulan kerbau berkubang di bawah pokok yang berdaun kecil itu.Tatabahasa18.05.2012

Kembali ke atas