Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.bang] | برکوبڠ

Definisi : Kl bersepah-sepah (sampah, kain baju, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.bang] | برکوبڠ

Definisi : 1. berendam atau bergolek dlm air yg berlumpur (bkn kerbau, babi, dll): pergi juga ia bermain-main dlm lumpur dan ~ dlm sungai itu dgn sukanya; 2. ki bersarang, bertempat: dadanya tempat iblis ~; 3. ber­lumpur, bergelumang dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.bang] | برکوبڠ

Definisi : berendam dlm kubang (bkn kerbau dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang berlumpur, lopak;,
Kata Terbitan : berkubang,

Puisi
 

Tanduk rusa bercabang dua,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Dosa ini dosa semua,
     Kalau mati seorang jangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seruas tebu yang berulat,
     sebatangnya dibuang.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkubangberendam dlm kubang (bkn kerbau dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkubangKl bersepah-sepah (sampah, kain baju, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
berkubang1. berendam atau bergolek dlm air yg berlumpur (bkn kerbau, babi, dll): pergi juga ia bermain-main dlm lumpur dan ~ dlm sungai itu dgn sukanya; 2. ki bersarang, bertempat: dadanya tempat iblis ~; 3. ber­lumpur, bergelumang dgn lumpur.Kamus Dewan Edisi Keempat
kubang II; berkubang Kl bersepah-sepah (sampah, kain baju, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kubang, = kubangan lopak atau lubang yg berisi air dan lumpur (tempat kerbau berendam). berkubang berendam dlm kubang (bkn kerbau dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
kubang Ilopak atau lubang di tanah yg berisi air dan lumpur (tempat kerbau berendam); asalnya dr kubangan ki (orang yg) terlalu hina; air lalu, kubangan tohor prb upah atau wang yg diterima habis dibelanja (utk membayar hutang); besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan prb tiap-tiap orang mulia dan berkuasa di tempatnya masing-masing; tiada kubangan yg tiada berkodok prb tiada negeri yg tidak ada keburukannya; berkubang 1. berendam atau bergolek dlm air yg berlumpur (bkn kerbau, babi, dll): pergi juga ia bermain-main dlm lumpur dan ~ dlm sungai itu dgn sukanya; 2. ki bersarang, bertempat: dadanya tempat iblis ~; 3. ber­lumpur, bergelumang dgn lumpur.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerbau Isj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam­-hitaman), Bos bubalus; ~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-­merahan; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ bintang kerbau yg ber­bintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peli­haraan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang; ~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pe­kerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb ter­cengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~, dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah di­tepati; laksana ~, di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb meng­halang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb meno­long orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahu­an orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu peker­jaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu; berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas