Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kum.pu.lan] | برکومڤولن

Definisi : dlm sesuatu kumpulan; berkelompok: Mereka menjalankan kerja itu secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkumpulan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ONAGER

Onager ialah saudara keldai yang berlari laju. Ia

bergerak berkumpulan di dataran yang panas

kering, di barat tengah Asia.

UMUM 
KOLONI

Koloni lihat Beaver; Haiwan (Kawasan tempat

tinggal; Hidup berkumpulan); Lebah (Koloni lebah

madu); Semut (Kehidupan dalam koloni semut).

UMUM 
ANALISIS SISTEM

Analisis sistem ialah kajian tentang bagaimana

bahagian-bahagian sistem bekerja berkumpulan.

Satu sistem ialah suatu kumpulan orang, mesin atau

unsur lain yang bekerja bersama-sama untuk

melakukan satu pekerjaan tertentu.

UMUM 
TARIAN DATARAN

Tarian dataran ialah sejenis tarian rakyat di

Amerika Utara yang dilakukan secara berkumpulan

yang dianggotai oleh empat pasang penari.

Pasangan ini boleh menari mengikut susunan segi

empat ataupun dalam susunan bulatan yang

dikenali sebagai set larian . Mereka juga boleh

menari berbaris memanjang , dengan dua baris

pasangan bertentangan.

UMUM 
MONERAN

Moneran ialah sekumpulan organisma satu sel

yang primitif. Kumpulan ini terdiri daripada

bakteria dan alga hijau. Organisma ini hidup

bersendirian atau berkumpulan yang dikenali

sebagai koloni. Organisma individu hanya boleh

dilihat dengan mikroskop, tetapi sesetengah

koloni boleh dilihat dengan mata kasar.

UMUM 
MERBUK BALAM

Merbuk balam ialah merbuk kecil yang

membiak di hutan jarang dan desa lapang di

Eropah, barat Asia, dan utara Afrika. Merbuk

balam berhijrah, biasanya berkumpulan, ke

selatan Afrika tengah pada musim sejuk. Ia

terbang pantas dan terbang terus sambil

mengibas-ngibaskan sayapnya. Merbuk balam

memakan biji rumpai dan biji-bijian. Bunyi

kukurannya biasa kedengaran pada musim bunga.

Ia bersarang di belukar dan dusun. Merbuk balam

betina biasanya bertelur dua biji di atas pelantar

nipis yang dibuat daripada ranting dan rumput.

Kedua-dua, merbuk balam jantan dan betina

menjaga anaknya. Merbuk meratap di Amerika

Utara kadangkala tersilap dinamakan sebagai

merbuk balam.

UMUM 
KUDA PRZEWALSKI

Kuda Przewalski yang juga dikenali sebagai

kuda Przhevalski, ialah spesies kuda yang pernah

berkeliaran berkumpulan di Asia Tengah.

UMUM 
BEDONDANG

BEDONDANG, sejenis permainan gendang secara berkumpulan dengan diiringi nyanyian usik-mengusik.

BUDAYAKonsep
KUDA BELANG

Kuda belang ialah haiwan berbelang daripada

famili kuda. Terdapat tiga spesies kuda belang iaitu

kuda belang biasa, kuda belang Grevy, dan kuda

belang gunung. Haiwan ini hidup berkumpulan

di gurun dan padang rumput di timur dan selatan

Afrika.

UMUM 
GALAH PANJANG

GALAH PANJANG, permainan luar. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan seramai empat hingga 10 orang dalam satu pasukan.

BUDAYAKonsep
12

Kembali ke atas