Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, di­kuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
self-illuminating buttonbutang swanyalaPentadbiran PerniagaanTiadaButang yang boleh menyala dengan sendirinya apabila berlaku berlaku kecemasan.
time reversalpembalikan masaKejuruteraanTiadaPostulat bahawa masa itu boleh dibalikkan, iaitu rentetan peristiwa yang telah berlaku akan berlaku lagi tetapi di dalam urutan yang terbalik.
atectonictak tektonikGeologiTiadaBerkaitan dengan peristiwa geologi yang berlaku apabila orogeni tidak berlaku.
recalescence pointtitik rekalesenKejuruteraanTiadaPeringkat pengecutan bagi keluli yang menyejuk apabila berlaku pengembangan seketika, berlaku pada suhu di antara 620oc dengan 700oc. Sinonim titik genting.
recalescence pointtitik panas semulaKejuruteraanTiadaPeringkat pengecutan bagi keluli yang menyejuk apabila berlaku pengembangan seketika, berlaku pada suhu di antara 620oc dengan 700oc. Sinonim titik genting.
high speed stallpegun laju tinggiAeroangkasaTiadaPegun yang berlaku dengan cepat pada halaju tinggi yang menyebabkan sudut serang mencapai tahap pegun, lazimnya berlaku semasa belokan tajam dalam penerbangan laju.,Panggilan kecemasan sebelum melakukan pendaratan paksa.,Pegun yang berlaku dengan cepat pada halaju tinggi yang menyebabkan sudut serang mencapai tahap pegun, lazimnya berlaku semasa belokan tajam dalam penerbangan laju.
eternitykeabadianSejarahTiadaSifat sesuatu dalam fahaman falsafah yang kekal dan abadi buat selama-lamanya, ia mungkin berlaku pada masa depan pada satu ketika, atau sedang berlaku pada hari ini, atau telah berlaku pada ketika yang lain.
estimated maximum losskerugian maksimum teranggarPentadbiran PerniagaanTiadaAnggaran kerugian maksimum yang berkemungkinan timbul apabila peristiwa yang tunggal berlaku yang kebarangkaliannya boleh dikira. Peristiwa yang berlaku secara kebetulan dan malapetaka yang mungkin berlaku dengan kebarangkalian yang terlalu kecil diketepikan.
communication interferencegangguan komunikasiKomunikasiTiadaGangguan yang berlaku dalam proses komunikasi akibat masalah yang berlaku pada komponennya seperti gangguan sumber, mesej, saluran, penerima dan persekitaran.
polygonizationpempoliginanKejuruteraanTiadaFenomenon yang berlaku semasa penyepuhlindapan hablur yang terlentur secara plastik, apabila kehelan tepi yang berlaku kerana kerja sejuk mengatur dirinya secara tegak satu di atas yang lain menyebabkan terbentuknya domain poligon.
12345678910...

Kembali ke atas