Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.le.bih.le.bi.han] | برلبيه-لبيهن

Definisi : 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya): dlm hikayat­-hikayat lama itu ada bahagian yg agak ~ sehingga tidak dapat diterima akal; pernahkah saya bersikap ~ terhadap gadis itu? 2. ber­lumba utk beratas-atasan (atas-mengatasi): mereka saling ~ memakai barang kemas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Peribahasa

Cakapan sejengkel dibawa sehasta.

Bermaksud :

Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sejengkal menjadi sehasta).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksukan dengan kumpulan pelampau dan bahayanya dalam sesebuah negara berbilang kaum

Kumpulan pelampau bermaksud kumpulan yang melakukan sesuatu dengan berlebih-lebihan, atau kumpulan yang mempunyai faham (kepercayaan) yang berlebih-lebihan. Kumpulan ini dikhuatiri akan menimbulkan masalah kepada negara.

Lain-lain01.02.2008
Salam Ramadhan ! Berdasarkan Kamus Pelajar, 1. mencolok mata = menimbulkan rasa meluat kerana berlebih-lebihan ( pakaian, kelakuan & lain-lain.) 2. menjolok mata = memberi malu @ menyakiti hati(perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb) Mohon pandangan tuan adakah maksudnya kedua-duanya sama atau terdapat perkara yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Berdasarkan huraian tersebut kedua-dua frasa memberi maksud yang hampir sama, namun pada kelazimannya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.Tatabahasa27.06.2016
apakah yang dimaksudkan dengan kelewahan bahasa? Apakah perbandingan antara sistem ejaan bahasa pinjaman dengan pola keselarasan vokal bahasa Melayu? apakah jenis-jenis kata pinjaman?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat). Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman).Lain-lain14.03.2010
Salam sejahtera, Adakah "Overspent" sesuai diterjemahkan kepada "Terlebih belanja" atau "Terlebih berbelanja"? Contoh ayat: Overspent by her kids during summer. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Menurut Kamus Melayu-Inggeris Dewan, overspend bermaksud berbelanja berlebih-lebihan. Oleh itu, overspent boleh dimaksudkan sebagai telah berbelanja berlebih-lebihan.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2018
Apa perbezaan hiperbola dan metafora?

Hiperbola  bermaksud gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta.

Metafora pula bermaksud kiasan yang membandingkan secara tersirat dua objek yang berlainan melalui daya imaginasi sehingga melahirkan konotasi yang segar dan baharu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/
Lain-lain20.08.2022
Saya ada kemusykilan terhadap penggunaan perkataan "berlebihan". Bagi saya, perkataan ini membawa denotasi negatif. Setujukah saudara? Sila beri pendapat. Terima Kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berlebihan bermaksud terlalu sangat (banyak, lebih, dll). Berlebih-lebihan bermaksud 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya) 2. berlumba-lumba untuk beratas-atasan (atas-mengatasi). Berdasarkan huraian yang diberikan, perkataan yang mempunyai maksud negatif ialah berlebih-lebihan bukan berlebihan.   

Makna17.02.2011
apakah perbezaan bagi 'pertindanan makna' dan 'kelewahan bahasa' kerana kedua- duanya kelihatan seolah- olah mempunyai konsep yang sama.

Tidak ada data yang berkaitan dengan frasa tersebut dalam sumber rujukan kami. Pertindanan lazimnya dikaitkan dengan keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yang sama, manakala kelewahan ialah hal (keadaan) yang berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dlm ayat). Melihat kepada makna kata sebahagian daripada frasa tersebut, terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Tatabahasa15.12.2011
Salam, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang manakah adalah betul?Merujuk Kamus Dewan, "mencolok mata" dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala "menjolok mata" antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa "mencolok mata" yang sering digunakan.Makna02.05.2013
Maksud "hilai tawa"Tidak ada maklumat tentang hilai tawa dalam pangkalan data kami. Perkataan yang betul ialah ilia; dan mengilai yang bermaksud tertawa dengan panjang serta nyaring. Kata "ilai tawa" jika dibentuk akan membawa maksud yang berlebih-lebihan atau lewah.Makna14.04.2013
Slm Mencolok mata @ menjolok mata? Bbrapa buah buku masih mnggunakn menjolok mata.adakah pnggunaanya masih " relevan"?Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.Makna02.09.2015
1234

Kembali ke atas