Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.le.bi.han] | برلبيهن

Definisi : terlalu sangat (banyak, lebih, dll): beras ada juga yg dieksport kerana ~ drpd keperluan tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.le.bi.han] | برلبيهن

Definisi : terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila nyatakan dan jelaskan perbezaan antara "tindakan yang keterlaluan" dengan "tindakan yang berlebihan".Isunya di sini ialah persamaan atau perbezaan makna antara keterlaluan dengan berlebihan. Keterlaluan bermaksud keadaan terlalu atau keadaan yang melampaui batas dan berlebihan pula bermaksud terlalu atau sangat banyak. Lazimnya "berlebihan" digunakan dalam menceritakan benda yang boleh dilihat secara fizikal, seperti dalam ayat: Membaja pokok secara berlebihan tidak mendatangkan faedah dan Beras ada juga yang dieksport kerana berlebihan daripada keperluan tempatan. Oleh itu frasa yang tepat ialah "tindakan yang keterlaluan".Makna04.06.2011
Cikgu, dalam ayat yang diberikan di sebelah, kata "lebih" atau "berlebihan" lebih sesuai digunakan? 1. Ini kertas-kertas lebih. 2. Ini kertas-kertas berlebihan. Soalan kedua: Adakah kata "kertas" dalam dua ayat tersebut perlu digandakan kepada "kertas-kertas"?1. Frasa "Ini kertas lebih" merupakan bahasa percakapan.

2. Frasa yang tepat ialah " Ini kertas yang berlebihan."
Tatabahasa28.02.2015
Tuan, saya ingin tahu penggunaan kata sendi yang tepat dalam ayat berikut: 1)Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang. atau 2) Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Harap dapat penjelasan daripada tuan. Terima kasihObesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Frasa sendi nama di dalam digunakan kerana badan mempunyai ruang fizikal yang boleh diketahui dengan jelas.Tatabahasa30.05.2012
Saya ada kemusykilan terhadap penggunaan perkataan "berlebihan". Bagi saya, perkataan ini membawa denotasi negatif. Setujukah saudara? Sila beri pendapat. Terima Kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berlebihan bermaksud terlalu sangat (banyak, lebih, dll). Berlebih-lebihan bermaksud 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya) 2. berlumba-lumba untuk beratas-atasan (atas-mengatasi). Berdasarkan huraian yang diberikan, perkataan yang mempunyai maksud negatif ialah berlebih-lebihan bukan berlebihan.   

Makna17.02.2011
Cikgu, apakah beza maksud antara kata "lebih" dengan kata terbitan "berlebihan"? Adakah dua kata ini sama makna, dan cara pemakaian dua kata dalam ayat juga sama? Jadi, ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Akhiran-kan dalam kata "membasmikan" imbuhan yang lebih. 2. Akhiran-kan dalam kata "membasmikan" imbuhan yang berlebihan.Lebih bermaksud melampaui had yang sepatutnya atau bertambah daripada dahulu, manakala berlebihan bermaksud terlalu atau sangat banyak. Untuk melihat lebih jelas perbezaan makna antara kedua-dua perkataan ini, sila rujuk kamus dan lihat konteks penggunaannya. Dalam Tatabahasa Dewan tidak ada peraturan imbuhan yang lebih atau imbuhan yang berlebihan, malah dari aspek binaan kata terbitan tidak ada kata membasmikan. Sila rujuk guru anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tatabahasa22.02.2015
Apakah padanan yang sesuai untuk "overbooked"? Terlebih tempah? Tempah terlebih?Padanan istilah yang sesuai untuk "Overbook" ialah Tempah Berlebihan (penempahan bilik yang lebih banyak daripada jumlah bilik sedia sewa)Istilah19.10.2017
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara.

 
Berikut ayat yang telah dipinda.

1. Ali yang  bersalah dalam pergaduhan itu.
2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali.
3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.
 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi.
5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji.
6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda.
7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara.

Tatabahasa19.07.2013
Salam sejahtera tuan/puan, Dilampirkan fail untuk rujukan tuan/puan. Terima kasih.Cadangan padanan bagi perkataan “overweight” ialah “berlebihan”, “underweight” pula “berkurangan” dan “trading buy” ialah “belian dagangan”. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks ayat.Penyemakan dan penterjemahan23.07.2020
MAKSUD TERPERINCI TENTANG 'TEKANAN KERJA'Tekanan kerja membawa kesan positif dan juga negatif. Tekanan kerja yang sedikit perlu untuk meningkatkanproduktiviti. Manakala tekanan kerja yang berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif. Suasana  di tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental termasuklah perhubungan sesama rakan sekerja dan perhubungan dengan majikan. Untuk maksud yang perinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain20.01.2009
Mengenai Penulisan Bahasa Melayu PT3, bahagian c (80-100 patah perkataan), jika calon menulis lebih daripada 100 patah perkataan, adakah markah akan ditolak ataupun isi yang berlebihan tiadak akan dibaca oleh penyemak?Sila kemukakan pertanyaan kepada Majlis Peperiksaan Malaysia.Lain-lain10.09.2014
1234

Kembali ke atas