Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lian] | برليان

Definisi : batu permata yg berkilau drpd karbon tulen dlm bentuk hablur: cincin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lian] | برليان

Definisi : sj batu permata yg amat keras lagi berharga dan dpt diasah sehingga berkilau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlian

Puisi
 

Cincin perak permata baiduri,
     Selang dengan intan berlian;
Kain kasar dalam duri,
     Takut koyak tarik perlahan.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIERRA LEONESierra Leone ialah negara kecil yang terletak di
bahagian yang “membonjol” di barat Afrika, di utara
khatulistiwa. Sierra Leone menghasilkan sebahagian
besar berlian – salah satu barang yang sangat
berharga di dunia, dan antara negara utama yang
mengeluarkan berlian untuk membuat batu permata
dan juga digunakan dalam industri.
UMUMKonsep
PERMATA

Permata ialah mineral atau bahan lain yang

digunakan dalam barang kemas dan hiasan lain.

Permata termasuk berlian, zamrud, baiduri, dan

delima, serta permata yang dibuat di makmal dan

permata tiruan lain yang dicipta secara artifisial.

Apabila dilombong, kebanyakan batu permata asli

mempunyai permukaan yang kasar dan bentuk yang

tidak sekata. Pemotong permata yang mahir

kemudiannya akan memotong dan menggilap batu-

batu tersebut untuk menyerlahkan kecantikannya.

UMUM 
RHODES, CECIL JOHN

Rhodes, Cecil John (1853–1902) ialah ahli

perniagaan dan negarawan British. Dia

memperolehi kekayaan daripada industri berlian

dan berkemungkinan merupakan penyumbang

terbesar kepada perkembangan empayar Inggeris

di Afrika daripada dengan tokoh lain yang hidup

sezaman dengannya.

UMUM 
KORUNDUM

Korundum (formula kimia, Al 2 O 3 ) ialah mineral

tulen yang kedua paling keras selepas berlian.

UMUM 
KIMBERLEY

Kimberley (pend. 80 082) ialah ibu provinsi

Cape Utara di Afrika Selatan. Kota ini merupakan

salah sebuah pusat pengeluaran berlian yang

paling penting di dunia.

UMUM 
MENCARI GALI

Mencari gali bererti mencari mendapan mineral

yang berharga. Pencari gali telah menjumpai

simpanan batu arang, petroleum, uranium dan

bahan-bahan bakar lain, yang amat penting kepada

industri. Mereka juga telah menjumpai longgokan

kuprum, berlian, emas, besi dan beberapa mineral

penting yang lain.

UMUM 
ARKANSAS

Arkansas ialah negeri yang terletak di Selatan

Amerika Syarikat. Little Rock ialah ibu negeri dan

bandar raya terbesar. Ramai pelancong melawat

mata air mineral panas Arkansas terutamanya

Mammoth Spring dan Hot Springs. Satu-satunya

lombong berlian yang beroperasi di Amerika

Syarikat terletak berhampiran Murfreesboro.

UMUM 
ACCRA

Accra (pend. 964 879; pend. kaw. met.

 1 420 065) ialah ibu negara dan bandar raya

terbesar bagi Ghana. Ia terletak di pantai utara

Teluk Guinea (lihat Ghana [peta]). Kemudahan

pengangkutan Accra termasuk kereta api dan

lapangan terbang antarabangsa. Industrinya

termasuk pengeluaran jubin dan batu bata,

pemprosesan berlian dan kayu. University of Ghana

terletak di Legon, sebuah kawasan perumahan di

utara bandar raya Accra.

UMUM 
SUNGAI ORANGE

Sungai Orange ialah sungai yang terpanjang di

Afrika Selatan. Ia mengalir ke arah barat

menyeberangi bahagian selatan benua Afrika.

Benteng pasir dan air yang cetek menyebabkan

Sungai Orange tidak berfungsi bagi pelayaran.

Walau bagaimanapun, sungai ini berfungsi sebagai

sumber kuasa hidroelektrik yang penting dan

membekalkan air yang amat diperlukan bagi projek

penyaliran. Batu kerikil sungai ini mengandungi

longgokan berlian di sesetengah kawasan. Untuk

lokasinya, lihat Afrika Selatan (peta rupa bumi).

UMUM 

Kembali ke atas