Berdentum banai berlian, Buat mari perumbung saji; Kalau tak ada petemu tuan, Jangan dicari disakit hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Cincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Membeli tali pasar Senyawan, Singgah di surau tangga berlian; Merosak hati menggugur iman, Seperti pungguk rindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Musim durian rambutan masak, Manggis saja membawa diri; Cincin berlian permata rosak, Dipakai anak Raja Baiduri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau membeli buah delima, Buah nanas atas tempayan; Kalau sudi tuan terima, Cincin emas permata berlian. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |