Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lu.bang.lu.bang] | برلوبڠ - لوبڠ

Definisi : 1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini; 2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlubang-lubang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
secarik baju perkataan ini boleh tak carik boleh digunakan dalam baju?

Carik bermaksud cabik atau koyak memanjang atau berlubang-lubang kecil yang biasanya merujuk kepada kain, kertas dan lain-lain. Perkataan secarik pula merupakan penjodoh bilangan. Berdasarkan makna tersebut, penggunaan secarik baju tidak betul, sebaliknya yang betul ialah secarik kain.  

Makna17.10.2021
bolehkah kita menggunakan perkataan siarkaki itu bagi menggantikan perkataan koridor

Saudara,

Saudara,

Perkataan siar kaki ialah padanan bahasa Melayu bagi istilah 'pavement' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud  sidewalk, laluan jalan kaki: he jumped onto the ~ to escape the van, dia melompat ke laluan jalan kaki utk mengelak dr dilanggar oleh van itu; 2. paved area, kawasan berturap, turapan: the students sat on the ~ around the monument and started sketching, pelajar-pelajar itu duduk di atas kawasan berturap di sekeliling tugu itu dan mulai melakar; 3. (US) hard surface of road, permukaan jalan yg berturap: the ~ is pitted with holes, permukaan jalan yg berturap itu berlubang-lubang. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.

Perkataan koridor pula ialah padanan bahasa Melayu bagi istilah 'corridor' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud : the ~s of the building, koridor bangunan itu; the Polish C~, Koridor Poland; Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.

Oleh yang demikian berdasarkan kedua-dua makna ada  perbezaan makna dan konteks penggunaan kedua-dua perkataan ini.

Istilah05.01.2010

Kembali ke atas