Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lum.pur] | برلومڤور

Definisi : 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lum.pur] | برلومڤور

Definisi : penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlumpur

Puisi
 

Duduk di dapur membakar inggu,
     Hendak mengubat sawan budak;
Sawah berlumpur lagi kutunggu,
     Inikan pula padi dah masak.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tanah coho[tA.nAh tSo.ho] tanah berlumpur yang cair.Kaki aku koto tepijak tanah coho.[kA.ki A.ku ko.to t«.pi.dZA/ tA.nAh tSo.ho]Kaki aku kotor, terpijak tanah berlumpur.
belodok[b«.lo.do/]kata namasejenis ikan yang habitatnya di paya bakau yang berlumpur. Boleh bergerak di atas lumpur dengan menggunakan sirip di kiri dan kanan badan, ikan belacak.   
deroh[d«.Äoh]kata namatanah yang lembut atau berlumpur menyebabkan kaki terbenam apabila dipijak.Kau lalu kat situ baek-baek, tempat tu deroh. Nanti abes sapan kasut.[kAw lA.lu kAt si.tu bAe/.bAe/ t«m.pAt tu d«.Äoh nAn.ti A.bes sA.pAn kA.sut]Engkau lalu di situ baik-baik, tempat itu berlumpur. Nanti habis jahanam kasut.

Kembali ke atas