Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lum.pur] | برلومڤور

Definisi : 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lum.pur] | برلومڤور

Definisi : penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlumpur

Puisi
 

Duduk di dapur membakar inggu,
     Hendak mengubat sawan budak;
Sawah berlumpur lagi kutunggu,
     Inikan pula padi dah masak.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KETAM REBAB

Ketam rebab ialah haiwan pembuat lubang yang

hidup di sepanjang pantai berpasir atau berlumpur

dan rawang garam di kawasan tropika dan kawasan

sederhana.

UMUM 
SOTONG KURITA

Sotong kurita ialah haiwan laut berbadan bulat,

bermata besar, dan mempunyai lapan tangan yang

panjang. Terdapat kira-kira 100 spesies sotong

kurita. Spesies yang paling terkenal hidup di dasar

laut yang berbatu, berpasir, atau berlumpur di

bahagian cetek laut di seluruh dunia. Lain-lain

sotong kurita hidup di perairan dalam.

UMUM 
TELIPUK

Telipuk, juga dinamakan lili kolam, ialah nama

yang popular bagi pelbagai tumbuhan air yang

cantik, yang tumbuh dalam iklim sederhana dan

panas. Telipuk mempunyai tangkai daun dan

bunga yang panjang, kuat yang tumbuh dari dasar

berlumpur dalam air yang cetek, jernih. Daunnya

yang hijau, sempit hingga bulat biasanya kelihatan

terapung di atas permukaan air tetapi boleh juga

terbenam dalam air. Telipuk biasanya timbul di atas

permukaan air pada tangkai yang panjang. Telipuk

berbunga putih adalah yang paling biasa didapati.

Bunganya mungkin 30 sentimeter lebarnya.

Sesetengah telipuk mekar pada waktu siang

manakala yang lain pula mekar pada waktu malam.

Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang

dan hutan).

Pengelasan saintifik. Telipuk tergolong dalam famili

telipuk, Nymphaeaceae. Telipuk putih ialah Nymphaea

alba.

UMUM 
SUNGAI MISSOURI

Sungai Missouri ialah sungai terpanjang di

Amerika Syarikat. Sungai ini mengalir 4090

kilometer dari puncaknya di Red Rock Creek di

barat daya Montana hingga ke muara Sungai

Mississippi. Sungai Missouri mengairi kawasan

seluas kira-kira 1 371 100 kilometer persegi.

Lembangan saliran ini meliputi keseluruhan atau

sebahagian daripada 10 negeri di Amerika Syarikat

dan dua provinsi di Kanada. Sungai ini adalah

berlumpur. Penjelajah awal dan Orang Asli Amerika

menamakannya Big Muddy dan peladang

menyifatkannya sebagai “terlalu tebal untuk

diminum dan terlalu nipis untuk dibajak”. Sungai

Missouri diberi nama sempena nama Orang Asli

Missouri, salah satu puak yang tinggal berhampiran

dengan muara sungai ini.

UMUM 
BAKAU

BAKAU (Rhizophora L.), sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan pantai berlumpur di negara Tropika dan separa Tropika. Di Malaysia, terdapat dua spesies bakau iaitu    R. mucronata (bakau kurap, belukap) dan R. conjugata L. (bakau minyak, bakau tanduk, akik).

BUDAYAFlora dan Fauna
NIPAH

NIPAH, sejenis pokok tropika daripada keluarga palma yang biasa tumbuh dan ditanam di pinggir sungai yang berlumpur khususnya di muara. Daun nipah yang berlidi tersusun di kedua-dua belah pelepah yang panjangnya lebih kurang 430 cm. Di Malaysia, pokok nipah merupakan pokok serba guna. Penduduk tempatan menggunakan semua bahagian pokok, iaitu daun, buah, akar, umbut dan nira untuk kegunaan persendirian dan komersil.

 

BUDAYASumber/Bahan Alam

Kembali ke atas