Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lum.pur] | برلومڤور

Definisi : 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lum.pur] | برلومڤور

Definisi : penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlumpur

Puisi
 

Duduk di dapur membakar inggu,
     Hendak mengubat sawan budak;
Sawah berlumpur lagi kutunggu,
     Inikan pula padi dah masak.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
muddy sandpasir berlumpurGeologiTiadaEndapan tak konsolidat yang mengandung 50-90% pasir dan mempunyai nisbah lodak terhadap lempung di antara 1:2 dan 2:1.
mangrovebakauBiologiEkologiTumbuhan yang hidup di dalam paya berlumpur di muara sungai atau di teluk pantai misalnya bakau kurap, Rhizophora spp.
clay brickbata tanah liatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTanah berlumpur yang dibakar atau dibiarkan mengeras di bawah cahaya matahari. Bata tanah liat digunakan untuk membuat rumah, kota, candi dan arca. Penggunaannya amat meluas pada zaman protosejarah sehingga zaman sejarah. Bata tanah liat yang digunakan untuk membuat candi akan dibentuk mengikut kehendak pembuat sama ada persegi empat, berteres atau miring pada satu sisi. Pada zaman Jawa Timur iaitu selepas abad 10M, candi dibina menggunakan bata tanah liat. Contohnya, batu tanah liat yang digunakan untuk membina candi Tapak 19, 21 dan 22 di Lembah Bujang (Kedah)..
balanoid zonezon balanoidBiologiEkologiZon litoral yang didominasi oleh teritip, yang dijumpai di pantai yang berlumpur dan berpasir.
lug wormumpun-umpunPerikananTiadaCacing daripada kumpulan Nereis spp. yang hidup di kawasan paya bakau berlumpur dan berpasir. Umpun-umpun mempunyai struktur yang dikenali sebagai seta yang berfungsi sebagai kaki pada setiap segmen badan. Umpan ini amat digemari oleh pemancing kerana mudah didapati dan tahan lasak.
turbidimetryturbidimetriKimiaBiokimiaKaedah penyerakan cahaya yang digunakan untuk menentukan kepekatan peptida di dalam larutan keruh dan berlumpur. Kaedah ini merupakan peranti yang dapat mengukur kehilangan cahaya apabila melalui larutan.
croakergelamaPerikananTiadaIkan demersal daripada famili Sciaenidae, iaitu sejenis ikan yang hidup di kawasan pesisir pantai berlumpur serta berpasir. Ikan demersal ini gemar berenang secara berkumpulan mengikut musim. Ikan gelama ditangkap dengan menggunakan pukat tunda, pukat bakul atau pancing. Ikan ini memakan krustasia dan anak-anak ikan serta menjadi tumpuan pemancing pada musim tertentu terutamanya di pantai timur Semenanjung. Ikan gelama boleh dipasarkan secara kering atau diasinkan. Lihat juga ikan demersal.
calctufakalkatufaGeologiTiadaBatuan endapan kimia yang terdiri daripada kalsium karbonat, terbentuk melalui penyejatan sebagai kerakan permukaan yang semirepui, tipis, lembut, berspan, bersel, atau poros di sekeliling mulut mata air berlumpur atau di sepanjang arus sungai yang membawa kalsium karbonat dalam bentuk larutan. Batuan ini juga mungkin dimendakkan oleh alga atau bakteria.
plumbing the depthlaras kedalamanPerikananTiadaKaedah menentukan kedalaman air dengan menggunakan pemberat. Kaedah ini diperlukan untuk memastikan pelampung timbul di permukaan air dan memastikan keadaan dasar laut, sama ada berlumpur, berbatu atau mempunyai rumpai laut. Maklumat tentang keadaan dasar laut membolehkan pemancing mengetahui keadaan perairan dan dapat memancing dengan mudah serta selamat. Kaedah ini juga bertujuan untuk menetapkan kedalaman mata kail yang perlu dipasang dari pelampung hingga ke hujung tali kail.
calcareous tufatufa berkapurGeologiTiadaBatuan endapan kimia yang terdiri daripada kalsium karbonat, terbentuk melalui penyejatan sebagai kerakan permukaan yang semirepui, tipis, lembut, berspan, bersel, atau poros di sekeliling mulut mata air berlumpur atau di sepanjang arus sungai yang membawa kalsium karbonat dalam bentuk larutan. Batuan ini juga mungkin dimendakkan oleh alga atau bakteria.
12

Kembali ke atas