Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma.lam] | برمالم

Definisi : 1. tidur, menginap: mahu tidak mahu kami terpaksa ~ di pondok kecil itu; 2. sudah disimpan semalam (bkn masakan), sudah basi atau tidak sedap lagi dimakan: aku berasa hendak muntah sesudah makan lauk yg sudah ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma.lam] | برمالم

Definisi : 1 menumpang tidur pd waktu malam; menginap: Saudara boleh ~ di rumah saya. 2 melebihi atau melewati satu malam: Lauk yg sudah ~ itu tidak elok utk dimakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermalam

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Tetak sangkar pancung kemudi;
Darilah jauh kamilah datang,
     Mendengar tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(18)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi istilah 'overnight' sebagai adjektif, Kamus Dwibahasa telah memberi contoh berikut: 'we had three overnight guests'. Terjemahannya ialah 'tiga tetamu bermalam di rumah kami'. Di sini adakah 'tetamu bermalam' terjemahan bagi 'overnight guests' dan oleh itu 'bermalam' adalah adjektif? Yang mana kata kerja bagi ayat ini? Harap mendapat penjelasan . Tk.

Tengku Noraidah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

.

 Jawab:  1. Kebanyakan orang mengatakannya demikian, kerana frasa tersebut merupakan      singkatan frasa tetamu yang bermalam (semalman/satu malam).       Kata overnight dapat diterjemahkan sebagai       (i) semalam atau satu malam.             Kata  semalam ialah adverba jati yang berfungsi sebagai keterangan. Satu       malam juga dapat berfungsi sebagai adverba, juga sebagai frasa nama [satu       (KN)  & malam (KN) penerangnya] seperti dalam ayat:  Satu malam   (subjek)        / tidak cukup untuknya menyelesaikan kerja itu (predikat).      (ii) bermalam             Bermalam ialah kata kerja tak transitif (bukan adjektif), maksud kata ini        ialah  tidur  semalam/satu malam. Tetapi, kalau bermalaman ertinya lain        pula.   Bermalaman berbaksud tidur bersama atau berseketiduran.       (Cuma pandangan saya sahaja: mengapa tidak kita katakan tetamu malaman?          Kita sudah ada seniman jalanan – fikir-fikirkan!)    2. Kata bermalam bukan adjektif, tetapi kata kerja tak transitif.  Hal ini ditandai        oleh awalan ber- pada kata malam itu.   3.  Berdasarkan ayat:  3 tetamu bermalam di rumah kami.  Subjek ayat ini ialah 3        (orang) tetamu; dan predikat ayat bermalam di rumah kami.  Kata kerja        dalam ayat ini ialah bermalam.     

 

Tatabahasa08.04.2009
Terima kasih atas respon di pihak DBP. Ikut pemahaman saya terhadap jawapan tuan, bercuti boleh diguna pakai walaupun berlibur dalam tempoh sehari. Ada pendapat yang menyatakan bahawa bercuti harus digunakan sekiranya ada aktiviti bermalam. Sekira tak bermalam, ianya dikategorikan sebagai melawat. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Melawat bermaksud 1. pergi mengunjungi (negara asing dan lain-lain); 2. menziarahi jenazah. Manakala bercuti bermaksud 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain), berlibur.

Sehubungan dengan itu, bercuti dan melawat boleh digunakan walaupun dalam tempoh setengah hari atau lebih.

Makna31.03.2021
Tuan, saya ingin bertanya: bercuti adakah bermaksud mesti bermalam di tempat percutian tersebut? kalau saya bercuti di melaka, pagi pergi malam balik. adakah ini juga dimaksudkan "bercuti"? Harap tuan dapat bantu saya dalam perkataan ini. ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bercuti bermaksud 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain), berlibur. Sehubungan dengan itu, perkataan bercuti sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Makna24.03.2021
Assalamualaikum. Apakah maksud "mabit" (contoh: mabit di Mina) dan ejaan Jawinya? Terima kasih.Mabit ialah bahasa Arab yang bermaksud bermalam, iaitu berada di bumi Mina sepanjang malam hingga pagi.Makna09.05.2013
apakah kata dasar bagi menginap.Kata dasar ialah inap. Apabila kata inap diletakkan imbuhan meng-, maka kata ini akan menjadi menginap yang bermaksud  menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dll), bermalam;Makna01.06.2009
Salam sejahtera Saya ada kekeliruan tentang tanda baca (" ") (?) (!) (,) dan noktah. Kalau ayatnya begini: lelaki itu bertanya "mana dia pergi?". Betulkah tanda baca yang digunakan? Adakah noktah sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Adakah koma selepas "bertanya" itu betul? Kalau ayatnya begini: lelaki itu menjerit, "awas kau!". Betulkah susunan tanda baca? Adakah tanda seru sepatutnya di dalam atau di luar? Kalau ayatnya begini: lelaki itu kata "aku pergi ke kedai tadi", perempuan itu pula bertanya, "kau beli apa?". Adakah tanda koma sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Saya ada terbaca sesetengah tulisan begini: "saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia. Ada juga yang begini: "saya bermalam di rumah kawan saya", kata si dia. Mana satu penggunaan tanda baca yang betul?Penggunaan tanda petik  (" ")yang betul ialah:
a. "Mana dia pergi?" tanya lelaki itu.
b. Lelaki itu bertanya, "mana lelaki itu?"
c. "Saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia.

Tanda petik mengapit keseluruhan ayat termasuk tanda baca yang lain yang menunjukkan ayat tersebut sama ada ayat tanya atau ayat seru.

Untuk memahami lebih lanjut, puan boleh merujuk buku Gaya Dewan terbitan DBP untuk penggunaan tanda baca yang betul.
Tatabahasa20.09.2013
perkataan seerti dengan perkataan tumpang

Tidak ada perkataan khusus yang seerti dengan perkataan tumpang  kerana penggunaan perkataan tumpang boleh membawa pelbagai maksud dalam konteks tertentu. Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, tumpang mempunyai  6 tafsiran, iaitu:

1. Berada (terletak, terdapat) di atas sesuatu. Contoh ayat: gumpalan awan hitam sebagai kepala raksasa tumpang di atas puncak gunung.  

2. Menaiki kenderaan (kereta, kapal dsb) untuk berpergian. Contoh ayat: Kalau masih ada tempat, saya mahu tumpang kereta api senja.

3. Turut tinggal (bermalam dsb) sementara di rumah orang; singgah (bermalam, tinggal) untuk sementara.

4. Berpergian dengan menaiki kenderaan (kereta) orang lain dengan percuma.

5. Meminta atau memohon supaya diizinkan (berjalan, bertanya dsb).

6. Bersama-sama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut  serta.

Saudara juga boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1733. 

Istilah18.02.2009
Salam, saya ingin bertanya, 'Sleepover','Pajamas party' atau 'Slumber party' merupakan budaya barat yang bermaksud tidur semalaman di rumah seseorang atau tempat lain. Disebabkan budaya ini tidak wujud dalam masyarakat Melayu, ada tak perkataan atau frasa yang boleh diterjemahkan bagi menepati makna perkataan tersebut? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Parti Bermalam.Istilah28.04.2016

Kembali ke atas