Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma.lam] | برمالم

Definisi : 1. tidur, menginap: mahu tidak mahu kami terpaksa ~ di pondok kecil itu; 2. sudah disimpan semalam (bkn masakan), sudah basi atau tidak sedap lagi dimakan: aku berasa hendak muntah sesudah makan lauk yg sudah ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma.lam] | برمالم

Definisi : 1 menumpang tidur pd waktu malam; menginap: Saudara boleh ~ di rumah saya. 2 melebihi atau melewati satu malam: Lauk yg sudah ~ itu tidak elok utk dimakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermalam

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Tetak sangkar pancung kemudi;
Darilah jauh kamilah datang,
     Mendengar tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(18)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
berambeh[b«.ÄAm.beh]kata kerjamengeratkan hubungan persaudaraan dengan berkunjung dan bermalam, berado.Kalo nak puaih berambeh, kene dudok semalam duo.[kA.l nA/ pu.AC b«.ÄAm.beh k«.n« du.d/ s«.mA.lAm du.w]Kalau hendak puas berambeh, perlu tinggal semalam dua.
berado[b«.ÄA.d]kata kerjamengeratkan hubungan persaudaraan dengan berkunjung dan bermalam, berambeh.Pak Lang nok ke Mekoh, keneloh kite berado sari duo.[pA/ lAN n/ k« m«.koh k«.n«.loh ki.t« b«.ÄA.d sA.Äi du.w]Pak Lang akan ke Mekah, kenalah kita berado sehari dua.

Kembali ke atas