Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma.lam] | برمالم

Definisi : 1. tidur, menginap: mahu tidak mahu kami terpaksa ~ di pondok kecil itu; 2. sudah disimpan semalam (bkn masakan), sudah basi atau tidak sedap lagi dimakan: aku berasa hendak muntah sesudah makan lauk yg sudah ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma.lam] | برمالم

Definisi : 1 menumpang tidur pd waktu malam; menginap: Saudara boleh ~ di rumah saya. 2 melebihi atau melewati satu malam: Lauk yg sudah ~ itu tidak elok utk dimakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermalam

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Tetak sangkar pancung kemudi;
Darilah jauh kamilah datang,
     Mendengar tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
domestic stayoverbermalam domestikPelanconganTiadaPelancong tempatan yang menginap di sesebuah destinasi dalam negara dan menggunakan perkhidmatan yang sedia ada.
overnight mailmel bermalamPentadbiran PerniagaanTiadaSurat-surat dihantar dan disimpan pada malam hari sebelum dihantar kepada penerima.
room nightmalam inapPelanconganTiadaJumlah bermalam bagi seseorang pelancong di destinasi tertentu.
international excursionistpelawat harian antarabangsaPelanconganTiadaIndividu yang berkunjung ke luar negara tanpa bermalam.
outpatient serviceperkhidmatan pesakit luarKejururawatanTiadaRawatan yang diberi kepada pesakit yang tidak memerlukan pesakit bermalam di wad. Contohnya, pembedahan kecil atau pemeriksaan yang dijalankan di klinik atau di pusat kesihatan harian.
sleep-outinap luarPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan penginap yang menempah atau membayar sewa bilik tetapi tidak bermalam di situ.
boarding houserumah penginapanUndang-undangTiadaRumah rai untuk tetamu dan/atau pelanggan, yang lebih bersuasana sebuah rumah daripada sebuah restoran atau hotel, dan di mana tetamu dan/atau pelanggan disediakan tempat untuk bermalam atau penginapan dengan dikenakan bayaran tertentu.

Kembali ke atas