darai | [dA.ÒAj] | kata nama | lelaki yang berperangai, berlagak dan berpakaian seperti perempuan. | Hak dok menari ghazal pati banyak darai. | [hA/ do/ m«.nA.Òi ÒA.zAl pA.ti bA.øA/ dA.ÒAj] | Kebanyakan penari ghazal parti darai. |
becerabiaq | [b«.tS«.ÒA.bi.jAâÖ] | kata adjektif | berkenaan pakaian atau cara berpakaian yang koyak-rabak atau compang-camping, tidak kemas. | Peminta sedekah tu pakai baju becerabiaq. | [p«.min.tA s«.d«.kAh tu pA.kAj bA.dZu b«.tS«.ÒA.bi.jAâÖ] | Pengemis itu memakai baju compang-camping. |
leweh | [lE.wEh] | kata adjektif | berkenaan pakaian yang tidak begitu kemas, tak sempurna. | Dalam sari dua ni, aku kelih hang pakai leweh saja. | [dA.lAm sA.Òi du.wA ni A.ku k«.lih hAN pA.kAj lE.wEh sA.dZA] | Dalam sehari dua ini, aku lihat engkau berpakaian tidak kemas. |