Dendang menggonggong telur. | Perempuan hodoh berpakaian bagus. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai gagak menggonggong telur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai gagak menggonggong telur. | Perempuan hodoh berpakaian bagus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai umang-umang. | Orang yang suka berpakaian bagus tetapi bukan miliknya sendiri. umang-umang = ketam di laut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguh bersubang tidak berdara. | Wanita yang berpakaian elok, tetapi buruk kelakuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin. | Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana pencalang tersarat, tiada ke timur tiada ke barat. | Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |