Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.kaian] | برڤاکاين

Definisi : 1. ada pakaiannya, memakai pa­kaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.kaian] | برڤاکاين

Definisi : 1 memakai pakaian: Mereka semuanya ~ serba putih. 2 mengenakan pakaian ke badan: Tunggu sebentar, Ani masih sedang ~ di biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Peribahasa

Bagai gagak menggonggong telur.

Bermaksud :

Perempuan hodoh berpakaian bagus.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dendang menggonggong telur.Perempuan hodoh berpakaian bagus. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai gagak menggonggong telur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai gagak menggonggong telur.Perempuan hodoh berpakaian bagus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai umang-umang.Orang yang suka berpakaian bagus tetapi bukan miliknya sendiri. umang-umang = ketam di laut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungguh bersubang tidak berdara.Wanita yang berpakaian elok, tetapi buruk kelakuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin.Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana pencalang tersarat, tiada ke timur tiada ke barat.Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas