Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.tu.tan] | برڤاتوتن

Definisi : 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, se­cocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, senonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.tu.tan] | برڤاتوتن

Definisi : tidak lebih dan tidak kurang; cocok benar; berpadanan: Gajinya ~ dgn jawatannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patut (kata tugas)
1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,

2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya, perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,

3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,

Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah pola ayat di bawah? Harap dapat memberi penjelasan untuk frasa kedua. Sekian, terima kasih. Makanan di kafeteria itu berpatutan harganya. Makanan di kafeteria itu =FN berpatutan harganya= ?Makanan di kafeteria ialah frasa nama, manakala berpatutan harganya ialah frasa adjektif.Tatabahasa31.03.2010
CONVENIENCE WITH REASONABLE PRICES! Kemudahan Dengan Harga Yang Berpatutan! [Saya ingin mencipta sebuah slogan untuk satu rangkaian kedai runcit (Convenience Store) yang beroperasi 24 jam dan 365 hari setahun. Saya ingin tahu samada slogan yang tertera di atas adalah tepat dan sesuai. Terima Kasih - KK Supermart]Cadangan slogan yang sesuai ialah: PEMBELIAN YANG MUDAH DENGAN HARGA BERPATUTAN! (CONVENIENCE WITH REASONABLE PRICES!)Penyemakan dan penterjemahan29.06.2020
Adakah perkataan "andal" itu bahasa malaysia atau bahasa indonesia? Adakah penggunaan ayat seperti di bawah betul:- "...syarikat kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang andal dan berpatutan kepada setiap pelanggan......"Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak dinyatakan asal perkataan "andal" itu daripada mana-mana negeri.  Oleh itu perkataan itu dianggap bahasa serumpun, iaitu bahasa Melayu kerana dalam Kamus Besar Indonesia juga terdapat perkataan "andal" dan tidak melabelkan perkataan itu daripada mana asalnya.

"Andal" bermaksud boleh dipercayai atau boleh dijamin mutu atau kualitinya.  Oleh itu ayat contoh yang tuan/puan beri itu: " Syarikat kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang andal dan berpatutan kepada setiap pelanggan" adalah betul.
Istilah04.02.2015
Saya mempunyai beberapa pertanyaan. 1. Selepas penggunaan perkataan menghadap - adakah perlu letak kata sendi 'ke' 2. Self catering: layan diri atau katering sendiri? 3. Adakah Affordable itu berpatutan atau mampu inap (dalam konteks hotel) 4. Mana yang betul, "dilengkapi dengan" atau "dilengkap dengan" Sekian terima kasih.1. Dalam Kamus Pelajar, menghadap bermaksud 1 menghala; me­ngarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dengan panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dalam surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yang dikasihi. Berdasarkan takrifan tersebut, kata sendi nama ke perlu diletakkan atau tidak berdasarkam konteks ayat.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi self catering ialah makan sendiri.

3. Padanan yang sesuai ialah berpatutan.

4. dilengkapi dengan...
Tatabahasa02.10.2014
Tuan, Salam sejahtera, Mohon penjelasan frasa "Seyogia diingatkan" yang sering digunakan dalam surat rasmi. Terima kasihPerkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. Seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai.Tatabahasa04.02.2013
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Tuan/Puan. Mohon penerangan maksud perkataan 'SAYUGIA' beserta penerangan atau contoh ayat yang sesuai. Terima kasih.Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. Makna26.08.2015
apakah maksud sebenar perkataan "sayugia". Perkataan ini sering digunakan dalam penulisan surat seperti "sayugia diingatkan..." Dari manakah asal perkataan ini?Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. Makna23.02.2009
Azilah Zainal Jun 24th, 12:23pm salam, saya Azilah seorang staff di pusat sumber di Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST). Bagaimanakah caranya untuk saya mencari sumbangan buku-buku dari pihak2 tertentu atau dimanakah saya boleh mendapatkan buku dengan harga yang berpatutanUntuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan buku daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, tuan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain24.06.2014
'Sayugia' maksud dan adakah ayat ini masih digunakan? Terima kasih di atas bantuan yang diberikan.

Ejaan yang tepat ialah seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya.

Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. 

Makna30.05.2017
2. pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap) Kedua-dua jawapan ini betul? Kalau tidak, mengapa? 3. Kata seru (a) ______, kerasnya kuih ini! (b) ______, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ______, sukarnya membuat kuih ini! 4. Pekerja sekolah sedang menyapu sampah di kaki-kaki lima sekolah. 5. Ikan-ikan yang segar-segar itu dijual di pasar. 6. Oleh kerana malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit pokok tumpang. 8. Bukit itu dipenuhi dengan batu-batan. 9. Kuih-muih itu dijual pada harga yang berpatutan. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dangan lampu / Bingkai gambar itu digantung berjauhan dengan lampu. 11. Adik ______ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu.

2. Pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap). Berdasarkan Kamus Dewan,  merayap dan menjalar mempunyai makna yang sama.

3. (a) __Aduh____, kerasnya kuih ini! (b) ____Wah__, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ___Aduh___, sukarnya membuat kuih ini!
 

4. Betul.

5. Betul.

6. Oleh sebab malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan.

7. Pokok duit-duit ialah pokok tumpang.
 

8. Betul.

9. Betul. 

10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dari lampu.

11. Adik ___susah___ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. 

Tatabahasa08.08.2013
12

Kembali ke atas