Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pi.sah] | برڤيسه

Definisi : 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucap­kan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pi.sah] | برڤيسه

Definisi : tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan: Dr Ipoh kami bersama, sesampai di Kuala Lumpur, kami ~. Kedua-dua kota itu letaknya ~ beratus-ratus batu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai beliung dengan asahan.

Bermaksud :

Tidak pernah berpisah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'berpisah daripada' dan 'berpisah dengan' ?Lihat konteks penggunaan perkataan daripada dan dengan. Kata sendi nama daripada menyatakan punca atau sumber, manakala kata sendi nama dengan menyatakan cara sesuatu itu dilakukan. Untuk lebih jelas, sila kemukakan ayat penuh untuk kami bantu tuan memilih penggunaan kata yang tepat.Tatabahasa20.01.2015
Asebelum berpisah,kedua-dua orang sahabat itu saling bermaafan B Sebelum berpisah, kedua-dua orang sahabat itu saling bermaaf-maafan apakah perbezaan antara A dengan B, haraplah unsyi berikan nasihat tentang saling bermaafan dan saling bermaaf-maafan HARAPLAH MUNSYI DAPAT BERIKAN SEDIKIT TUNJUK AJAR. TQBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaaf-maafan bermaksud saling memberi ampun. Oleh itu, ayat yang betul ialah: Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu saling bermaafan atau Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu bermaaf-maafanMakna25.03.2012
Kemusykilan tentang binaan ayat-ayat yang berikut. Yang mana satu betul 1. Mereka saling bersalam-salaman sebelum berpisah 2. Mereka bersalaman sebelum berpisah 3. Mereka saling bersalam sebelum berpisahAyat yang betul ialah ayat 2. Sila rujuk Kamus dewan Ediis Keempat untuk keterangan lanjut. Tatabahasa25.10.2010
Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku. munsyi, bagaimanakah betulkan ayat ini? TKSebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku.Tatabahasa04.07.2012
Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku. Munyi, memohon maaf atau meminta maaf sesuai digunakan? TKSebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya daripada hujung rambut hingga hujung kaki.Tatabahasa16.07.2012
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali __________ . kenapa jawapanya ialah bongkar-bangkir? dan bukanya kelam-kabut?Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali bongkar-bangkir/kelam-kabut. Merujuk Kamus Dewan kedua-duanya betul kerana bongkar-bangkir dan kelam-kabut bermaksud kacau-bilau.Tatabahasa15.08.2008
MAKSUD SEPERATEDPadanan bahasa Melayu bagi kata separated ialah adj living apart, berpisah, terasing: the couple are now ~, kini pasangan itu telah berpisah. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan.Makna16.10.2010
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali ___________. a.bongkar-bangkir b.huru-hara c.kelam-kabutA. Bongkar-bangkir. T.kasih.Lain-lain14.08.2008
PERKATAAN TINGKAHLAKU, MATAPELAJARAN, KEARAH BERSAMBUNG ATAU BERPISAH

Ejaan yang betul ialah; 1. Tingkah laku. 2. Mata pelajaran. 3. Ke arah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Makna13.04.2009
Ejaan bagi ko-kurikulum dieja bergabung atau berpisah? 1. Ko-kurikulum 2. Kokurikulum Yang mana betul?Ejaan yang betul ialah kokurikulumEjaan06.08.2007
123

Kembali ke atas