Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.puas] | برڤواس

Definisi : ; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.puas] | برڤواس

Definisi : berasa puas: Mereka tidak ~ hati dgn cara pelantikan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpuas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pet peevekejengkelanUmumTiadaPerasaan seseorang yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu yang remeh tetapi menjadi perkara yang besar dan menjengkelkan bagi dirinya.
separationpengasinganPentadbiranTiadaPerasaan dan sikap pekerja yang tidak berpuas hati, dan merasakan seolah-olah segala kerja yang dilakukan tidak mendapat perhatian pihak pengurusan tempat ia bekerja.
adopterpenerima pakaiPentadbiranTiadaPengguna yang terus menggunakan sesuatu keluaran selepas berpuas hati dengan pengalaman mencuba keluaran tersebut.
qualified reportlaporan bersyaratPentadbiranTiadaLaporan juruaudit yang menyatakan bahawa juruaudit tidak berpuas hati tentang akaun syarikat kerana sebab-sebab tertentu.
open door policydasar pintu terbukaPentadbiranTiadaKenyataan atau peruntukan dalam konteks perhubungan industri yang membolehkan pekerja yang tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan membuat aduan terus kepada ketua yang tertinggi tanpa melalui birokrasi formal.
ambudsmanombudsmanUndang-undangTiadaBadan rasmi atau separa rasmi yang bertanggungjawab menerima dan menyiasat aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan jentera kerajaan.
protest movementgerakan protesSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan membantah yang dibuat oleh satu organisasi rasmi atau kelompok orang kebanyakan yang tidak rasmi kerana tidak berpuas hati terhadap pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti. Bantahan ini dibuat dalam bentuk demonstrasi, piket, penyerahan surat atau memo, tidak hadir bekerja atau berhenti secara beramai-ramai. Bantahan seperti demostrasi dan piket ditunjukkan kepada orang awam bagi menarik simpati atau sokongan. Biasanya gerakan seperti ini tidak melakukan keganasan. Contohnya, penyerahan memo oleh beberapa NGO kepada Kedutaan Amerika Syarikat sebagai gerakan protes mereka terhadap serangan kuasa besar itu ke atas Iraq.
revising officerpegawai penyemakUndang-undangTiadaPegawai yang mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan yang dibuat oleh mana-mana pihak penuntut atau pembantah atau mana-mana orang yang mengenainya bantahan telah dibuat yang tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai pendaftar.
opening remarkkata alu-aluanKomunikasiKorporat1. Ucapan yang disampaikan oleh penganjur sesuatu acara untuk mengalu-alukan kehadiran khalayak. Ucapan biasanya mengandungi kata penghargaan, menjelaskan maksud acara, pernyataan hasrat supaya acara berjalan lancar, dan harapan agar khalayak berpuas hati dengan acara yang dianjurkan. Fungsi utama kata alu-aluan adalah untuk mewujudkan daya tarikan, menyemai keakraban, dan membina keyakinan khalayak terhadap organisasi. Ucapan biasanya disampaikan oleh ketua sesebuah organisasi atau wakil ketua organisasi. Tempoh penyampaian kata alu-aluan lebih singkat berbanding ucapan utama. Perkataan dan ayat yang digunakan oleh penyampai biasanya dipilih dan diolah secara strategik untuk memastikan ucapan tersebut mendapat perhatian. Sinonim ucapan alu-aluan. 2. Kata-kata yang ditulis dalam buku cenderamata untuk sesuatu acara atau majlis. Kata-kata biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Kata-kata ini biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Lihat juga kata pengantar. 3. Kata-kata yang disusun dan diucapkan sebagai pemula sesuatu ucapan. Selalunya kata-kata yang diucapkan adalah berbentuk penghargaan kepada pengerusi majlis, penganjur, atau organisasi yang menjemput pengucap ke acara berkenaan. Kata alu-aluan juga boleh dilihat sebagai cuitan kepada sesuatu persembahan ucapan.
residual paymentbayaran bakiKomunikasiKorporatBayaran akhir yang diberikan kepada pemegan kontrak penerbitan, percetakan atau persembahan selepas sesuatu tugasan selesai dilakukan. Jumlah bayaran akhir ini tertakluk kepada persetujuan awal antara pemegang kontrak dengan pemberi kontrak. Tujuannya adalah untuk memastikan penerima projek berpuas hati dengan hasil akhir sesuatu perkhidmatan. Bayaran ini boleh ditangguhkan selagi perkhidmatan tidak disempurnakan seperti yang dipersetujui dalam kontrak. Contoh projek yang melibatkan pembayaran seperti ini ialah penyediaan laporan tahunan, penerbitan video korporat, dan pengurusan acara.
12

Kembali ke atas