Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.lin] | برسالين

Definisi : 1. bertukar (pakaian dll), berubah (warna, kulit, bulu, dll): dia mahu ~ pakaian; 2. bh melahirkan anak, beranak: maka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.lin] | برسالين

Definisi : bh melahirkan anak; beranak: Isterinya sudah cukup masa utk ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.sa.lin] | برسالين

Definisi : berganti atau ber­tukar dgn yg lain; berubah rupanya: Tunggu sebentar, dia sedang ~ pakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salin (kata kerja)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan tukar, ganti, silih, ubah,

2. Bersinonim dengan tulis: tiru, ikut, surih, tekap, fotokopi, mendua,

Kata Terbitan : bersalin, menyalin, menyalinkan, mempersalinkan, salinan, persalinan, penyalinan, penyalin,

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Tinggallah kuku dengan langit,
     Biar saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEHAMILAN

Kehamilan ialah tempoh apabila seseorang

wanita mengandung sebelum bersalin. Kehamilan

bermula dengan konsepsi yakni persenyawaan

telur oleh sperma dan berakhir dengan pelahiran,

iaitu proses bersalin.

UMUM 
ANESTETIK

Anestetik merupakan satu cabang perubatan

yang berkaitan dengan penggunaan dadah untuk

menghilangkan kesakitan dan tekanan semasa

pembedahan dan bersalin. Doktor dalam bidang

ini dinamakan pakar bius. Dia menguruskan

dadah yang disebut anestetik.

UMUM 
PUPA

Pupa ialah peringkat yang agak tidak aktif dalam

metamorfosis (perkembangan) kebanyakan

serangga. Dalam metamorfosis lengkap , larva

makan sehingga membesar sepenuhnya (lihat

Larva ). Kemudian larva bersalin kulit menjadi pupa,

satu bentuk sementara yang membolehkan

struktur dewasa berkembang. Serangga dewasa

muncul dengan memecahkan “kulit” pupa.

Peringkat pupa mungkin lamanya satu atau dua

hari, atau sehingga satu tahun atau lebih,

bergantung pada spesies. Peringkat ini

membolehkan sesetengah serangga dewasa,

seperti rama-rama, mempunyai ciri-ciri

yang sangat berbeza daripada ciri-ciri larva. Ia

juga membolehkan sesetengah serangga yang

berkembang mengelakkan kepanasan dan

kesejukan yang melampau, kebuluran, dan

kemarau.

UMUM 
DIET SEMASA LAKTASI

Diet semasa laktasi ialah makanan dan minuman yang perlu diambil oleh seseorang ibu selepas bersalin atau semasa dalam penyusuan. Laktasi merupakan perembesan susu daripada kelenjar susu.

PEMAKANANKaedah
ADAT PIJAK TANAH

ADAT PIJAK TANAH, upacara memijakkan kaki bayi yang baru lahir dan kaki ibunya ke tanah pada hari yang ke-45 selepas bersalin. Upacara ini disebut juga adat turun tanah.

BUDAYAKonsep
BIDAN

BIDAN, wanita yang mempunyai pengetahuan dan terlatih untuk membantu ibu-ibu sewaktu melahirkan anak.  Bidan bertanggungjawab menjaga kesihatan ibu sejak ibu itu mengandung, hingga tamat berpantang  iaitu selama 44 hari selepas bersalin.  Bidan juga menjaga bayi yang baru lahir dalam tempoh tersebut.  Tugas-tugas bidan termasuklah mengendalikan upacara melenggang perut dan menyambut kelahiran bayi, termasuklah memotong tali pusat dan menanam tembuni, memandikan serta membedung bayi.

 

 

 

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas