Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­un-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1 me­lakukan se­suatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama

Puisi
 

Makan sirih dalam cerana,
     Daun sirih sudah layu;
Ke hulu bersama ke hilir bersama,
     Macamlah isi dengan kuku.


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Bertongkat tebu.

Bermaksud :

Berjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ali melawat ke Zoo Negara ( bersama / bersama-sama / bersama dengan / bersama-sama dengan ) keluarganya. Manakan yang betul?merujuk kepada soalan di atas jawapan yang betul ialah: Ali melawat ke Zoo Negara (bersama-sama/ bersama dengan) keluarganya. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan.Tatabahasa21.02.2011
Perkataan 'bersama' perlu ditulis sebagai 'bersama-sama'?Perkataan bersama atau bersama-sama digunakan dalam ayat bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contoh ayat; esok harinya Ali datang bersama/bersama-sama anak angkatnya;  Bersama/bersama-sama surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit. Untuk maksud semuanya sekali, atau seluruhnya hendaklah digunakan bersama; contoh ayatnya: tempat perundingan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak.Lain-lain25.03.2010
Salam Tuan. 1. Ali berasal DARI / DARIPADA keluarga yang miskin. 2. Saya makan BERSAMA / BERSAMA DENGAN / BERSAMA-SAMA ibu bapa.1. Ali berasal daripada keluarga yang miskin.
2. Saya makan bersama dengan/bersama-sama ibu bapa.   (kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan)
Tatabahasa20.09.2021
bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit tuan.. saya kekeliruan dengan bersama dengan anak atau bersama anak ? bersama dengan surat..atau bersama surat...? tq

bersama dengan dan bersama boleh digunakan.

Tatabahasa18.09.2011
perbezaan antara "bersama" dengan "bersama-sama"

Perbezaan antara “bersama” dan “bersama-sama” ialah “bersama” tidak ada kecualinya, contoh ayat Kemakmuran bersama.  “Bersama-sama” pula ialah berlaku secara serentak dan bergandingan dengan, contoh ayat Azli berjalan masuk bersama-sama Amir.

Tatabahasa11.12.2021
Assalamualaikum wbt. Mohon bantuan berkenaan penggunaaan perkataan bersama atau bersama-sama. Contohnya: Bersama-sama ini dilampirkan atau bersama ini dilampirkan. Terima kasih.Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat digunakan dalam penulisan surat rasmi ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ....."Tatabahasa12.03.2018
Minta jelaskan penggunaan perkataan bersama. Bolehkah digunakan bersama membangunkan negara ? ataupun bersama-sama yang betul. Sekian, terima kasih.Frasa "bersama membangunkan negara" dan "bersama-sama membangunkan negara" adalah betul kerana perkataan bersama ada membawa maksud bersama-sama, iaitu berserta, bergandingan dengan dan serentak dengan.Tatabahasa24.07.2011
1. Apakah berbezaan antara perkataan bersama dan bersama-sama? Yang manakah frasa yang tepat "bersama-sama rakan-rakan" atau "bersama rakan-rakan" 2. Penggunaan yang tepat bagi perkataan belakangan ini?

1. Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Frasa yang tepat ialah bersama-sama rakan atau bersama dengan rakan.

2. Belakangan ini sama maknanya dengan kebelakangan ini, contoh ayat: Belakangan/kebelakangan ini, banyak anak-anak Melayu yang berminat untuk berniaga.

Tatabahasa25.01.2011
Cikgu, 1. bersama-sama sahabatnya 2. bersama-sama dengan sahabatnya 3. bersama sahabatnya 4. bersama dengan sahabatnya. Cikgu tolong tengok yang manakah dua frasa yang betul dalam contoh frasa ini. Tolong berikan penerangan berdasarkan pilihan cikgu. Terima kasih, saya ingin tahu sangat.Frasa yang betul ialah 1. bersama-sama sahabatnya 4. bersama dengan sahabatnya. Penggunaan perkataan "bersama-sama dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama.Tatabahasa06.05.2014
Tuan, yang manakah betul? Dia telah ke pasar bersama ibunya. Dia telah ke pasar bersama-sama ibunya. Apakah perbezaan bersama dengan bersama-sama? Terima kasih.Kedua-dua ayat tersebut betul. Merujuk Kamus Dewan, kata bersama boleh membawa maksud bersama-sama atau berserta.Tatabahasa28.09.2011
12345678910...

Kembali ke atas