Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­un-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1 me­lakukan se­suatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama

Puisi
 

Makan sirih dalam cerana,
     Daun sirih sudah layu;
Ke hulu bersama ke hilir bersama,
     Macamlah isi dengan kuku.


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Bertongkat tebu.

Bermaksud :

Berjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
likenlichenAlga dan kulat yang tumbuh bersama dan hidup secara simbiosis. Lihat RajahMenengah Rendah
gas aslinatural gasGas yang wujud bersama enapan petroleum dan tidak boleh diganti apabila telah habis digunakan.Sekolah Rendah
corong turasfilter funnelCorong yang digunakan bersama kertas turas untuk mengasingkan pepejal daripada larutan. Lihat RajahSekolah Rendah
resesifrecessiveSifat yang dipamerkan apabila tiada alel dominan bersama.Menengah Atas
saling bersandaraninterdependenceHubungan antara haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dalam habitat yang sama. Hubungan ini mewujudkan persekitaran ekosistem yang seimbang.Menengah Rendah
parasitismeparasitismHubungan antara dua organisma yang berbeza dan hidup bersama-sama dengan satu daripadanya mendapat faedah, manakala yang satu lagi mengalami kerugian.Menengah Rendah
kawanan haiwanherdSekumpulan haiwan yang jinak atau liar, yang hidup bersama-sama. Contohnya, kawanan gajah. Lihat RajahSekolah Rendah
simbiosissymbiosisInteraksi antara dua atau lebih organisma yang berlainan spesies, yang hidup bersama-sama. Simbiosis terbahagi kepada tiga, iaitu komensalisme, mutualisme dan parasitisme.Menengah Rendah
tisutissueSekumpulan sel khusus yang mempunyai bentuk dan struktur tertentu, yang tersusun bersama untuk melaksanakan sesuatu fungsi tertentu.Menengah Atas
picagarisyringeAlat untuk menyedut cecair dan mengeluarkannya dalam aliran yang kecil. Picagari digunakan bersama jarum untuk menyuntik cecair ke dalam badan. Lihat RajahSekolah Rendah
12

Kembali ke atas