Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersamaan dengan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah jawapan yang paling tepat? a) 1 Mina bersamaan dengan 1, 500 Dolar b) 1 mina bersamaan dengan 1, 500 dolarJawapan yang betul ialah "1 mina bersamaan dengan 1,500 dolar".Tatabahasa29.05.2013
maksud Lembayung dari pelbagai aspek. Apakah ayat yang bersamaan dengan maksud Lembayung? terima kasihMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud 1. sj tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes; 2. = merah ~ warna ungu (merah ungu).Makna05.04.2010
apakah istilah bahasa malaysia untuk cheng beng bagi kaum tionghua bersamaan dengan all souls' day bagi orang putihMengikut orang cina yang ditemui cheng beng bukan ' all souls day' kerana 'all souls day' pada mereka dikenali sebagai hari hantu atau dipanggil men lan ciek. Walau bagaimanapun saudara boleh menghubungi mana-mana Pusat Bahasa di institusi tempatan untuk keterangan lanjut.   Lain-lain27.03.2008
apakah peranan Dewan Pustaka Dan Bahasa?Peranan DBP adalah bersamaan dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.Lain-lain31.07.2007
Salam, Saya hendak bertanya apakah perbezaan di antara penggunaan perkataan migrasi, imigrasi dan imigresen? Adakah penggunaan perkataan imigrasi bersamaan dengan imigresen? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
i. migrasi - 1. perpindahan penduduk dari sebuah negara atau tempat ke negara atau tempat lain 2. perpinĀ­dahan (burung) dari satu tempat ke tempat lain apabila berlaku perubahan musim
ii. imigrasi - perihal masuk ke negeri asing untuk menetap
iii. imigresen - pejabat yg mengurus hal-hal kemasukan orang asing dan pengeluaran pasport untuk warganegara dsb.
Berdasarkan maksud yang diberikan di atas, perkataan "imigrasi" dan "imigresen" adalah berbeza.
Makna03.05.2013
1. Boleh beri saya Terjemahan yang sesuai untuk: a) Braiding Machine 2. Dalam Kamus DPB, Bond didefinisikan sebagai bp Polis, apabila Tesaurus dirujuk, bp polis bersamaan dengan dua konteks, pangkat atau bidang polis i.e polis tentera, polis trafik. Jadi Apa terjemahan sesuai utk Bond Dealer?Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah:
a) Braiding Machine. Terjemahan yang dicadangkan ialah Mesin Pita Brid. Ia tertakluk pada konsep pembuatan.
b) Bond Dealer. Adakah tuan maksudkan perkataan bond dalam bidang kewangan? Jika ya, terjemahannya ialah Wakil Penjual Bon. 
Istilah19.08.2021
Assalamualaikum wr. wb. Mohon maaf atas kesalahan saya kerana tidak mengetahui secara pasti perkhidmatan ini. Namun, boleh kah saya memohon bantuan kembali untuk menyemak bahasa melayu yang saya muat bersamaan dengan persoalan ini. Terimakasih.Salam, lampiran yang tuan sertakan mempunyai masalah dari segi margin. Mohon tuan betulkan terlebih dahulu sebelum dihantar kepada kami.Lain-lain12.01.2014
Membekal dan Memasang Enam (6) unit tangki FRP 880 Gelen untuk Dua(2) Blok Sekolah Bangunan Empat(4) Tingkat. Adakah maksud di atas 6 unit tangki berkapasiti 880gelen atau ianya bermaksud jumlah 6 unit bersamaan dengan 880 gelen.Maksud bagi ayat tersebut ialah 6 unit tangki berkapasiti 880gelen seunit.Makna15.03.2010
Penggunaan istilah 'Merungkai'. Dalam kes Mahkamah, Consolidate Cases bermaksud Penyatuan Kes / Kes-Kes Yang Telah Digabungkan. Bagaimana dengan 'Disconsolidate Case? Benarkah frasa MERUNGKAI PENYATUAN KES bersamaan dengan maksud DISCONSOLIDATE CASE?

Untuk makluman, istilah "consolidate cases" dan "disconsolidate cases" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sila berikan konsep atau maksud "disconsolidate case" supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai.

Istilah09.11.2016
Assalamualaikum wr.wb Salam sejahtera puan-tuan. Saya mengalami kesukaran dalam translate English ke bahasa melayu. Boleh kah saya minta tolong untuk mengubah bahasa english ke dalam bahasa melayu dengan benar? file telah saya upload bersamaan dengan persoalan ini. Terimakasih untuk bantuannyaUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Untuk mendapatkan khidmat terjemahan tuan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Tatabahasa23.12.2013
123

Kembali ke atas