Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mining lawundang-undang perlombonganKejuruteraanTiadaUndang-undang yang bersangkutan dengan kerja-kerja perlombongan.
theatricalityketeateranKesenianDrama dan TeaterPernyataan yang menjelaskan sebarang perkara yang bersangkutan dengan elemen teater. Drama yang mempunyai dialog panjang dan meleret-leret tanpa sokongan aksi dan teknik teater yang seimbang boleh dianggap tidak bersifat keteateran.
security audit trailjejak audit keselamatanTeknologi MaklumatTiadaLog yang mengandungi semua kejadian yang bersangkutan dengan keselamatan perkhidmatan pengkomputeran.
industrial disputepertikaian perusahaanEkonomiTiadaPertikaian yang melibatkan majikan dengan pekerja-pekerjanya yang bersangkutan dengan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan.
top-down controlkawalan atas-bawahPentadbiranPentadbiran Awam

Pemantauan atau penyeliaan majikan terhadap kakitangan dalam sesebuah organisasi. Kawalan ini merangkumi pelbagai aspek yang bersangkutan dengan budaya kerja dan persekitaran organisasi. Contoh kawalan ini ialah peraturan pejabat, misi dan visi organisasi, kod etika pakaian, tatakelakuan, pembekalan sumber organisasi seperti infrastruktur, kewangan dan sebagainya. Selain itu, ia juga mencakupi daya produktiviti organisasi, sistem pentadbiran dan pengurusan sumber manusia.

line circuitlitar talianKejuruteraanTiada1. Kelengkapan geganti, dalam sistem telefon, yang bersangkutan dengan sesuatu stesen yang terhubung kepada papan suis dail atau insani.,2. Litar untuk saling menghubungkan telefon dengan pangkalan saluran.
matrix acidizingpengasidan matriksKejuruteraanPetroleumTeknik pengasidan yang dilaksanakan dengan kadar alir suntikan atau dengan mengenakan tekanan suntikan yang lebih rendah daripada tekanan retakan batuan yang bersangkutan sehingga asid akan memasuki liang semula jadi batuan formasi dan meningkatkan ketertelapan batuan yang bersangkutan dengan dua cara, iaitu memperbesar permukaan liang dan/atau melarutkan partikel-partikel yang menyumbat liang batuan berkenaan. Rujuk : tekanan retakan batuan.
acidizingpengasidanKejuruteraanPetroleumSinonim : perawatan asid Kaedah perangsangan untuk merawat formasi di sekeliling lubang telaga dengan menggunakan tindak balas kimia asid bagi meningkatkan daya pengeluaran telaga. Dalam kaedah ini, asid pada tekanan tinggi disuntikkan ke dalam formasi melalui lubang telaga. Asid tersebut akan mengikis permukaan batuan, melarutkan sebahagian dari batuan atau melarutkan matriks batuan yang bersangkutan. Dengan demikian, ketertelapan formasi berkenaan akan meningkat. Selepas operasi selesai, biasanya asid yang digunakan akan dipam keluar dari formasi sebelum telaga memulakan semula operasi pengeluaran. Asid yang umumnya digunakan adalah asid hidroklorik atau asid hidrofluorik. Berdasarkan tekanan suntikan yang digunakan, terdapat dua jenis pengasidan, iaitu pengasidan matriks dan pengasidan peretakan. Rujuk : perangsangan; pengasidan matriks; pengasidan retakan.
floatpelampungKejuruteraanPetroleumUnsur pasangan kawalan paras cecair yang direka sedemikian rupa supaya akan berfungsi apbila pasangan ini tenggelam seluruhnya tau tenggelam sebahagian saja di dalam cecair yang parasnya dikawal oleh pasangan yang berkenaan. Biasanya berbentuk separuh berekor bulat dengan dasar yang pipih. Dalam penggunaannya, umumnya pasangan ini akan dihubungkan dengan injap kawalan yang akan mengatur kadar aliran masuk atau aliran keluar cecair ke atau dari bejana yang bersangkutan. Dengan demikian, paras cecair di dalam bejana tersebut boleh dipertahankan pada takat yang dikehendaki.
seabed abandonmentpeninggalan dasar lautKejuruteraanPetroleumPeninggalan telaga dengan yang bersangkutan daripada dasar laut. Alat-alat tersebut termasuklah pencegah sembur liar, kepala telaga dan sebahagian daripada selongsong yang digunakan. Penanggalan ini akan menjamin supaya tiada halangan yang merintangi dasar laut setelah telaga berkenaan ditinggalkan. Rujuk : peninggalan telaga.
123

Kembali ke atas