Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.tu] | برساتو

Definisi : 1. bergabung menjadi satu: Bangsa-Bangsa B~; enam puluh orang pemuda dr kampung itu telah pun ~ utk menjaga keamanan di situ; 2. bertaut atau bertemu (menjadi satu yg lebih besar): saluran-saluran rerambut darah semuanya ~ semula menjadi satu pembuluh besar; 3. bersebati (menjadi satu): zat makanan itu ~ dgn oksigen di dlm sel; 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sbg suami isteri): mereka sudah bernikah tetapi belum lagi ~; 6. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.tu] | برساتو

Definisi : 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Bulan terang menikam pari,
     Asam belimbing mengasah kuku;
Tengah malam kami ke mari,
     Bawa kawan nak bersatu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sebagai minyak dengan air.

Bermaksud :

Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Minyak dengan air adakah [= bolehkah] bercampur?).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
Emiriah Arab Bersatunegara kesatuan tujuh negeri bersyeikh di Asia Barat, berhampiran Teluk Parsi, yg terdiri drp Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ajman, Umm al-Qaiwan, Ras al-Khaimah, dan Fujairah, yg sebahagian besar tanahnya merupakan dataran gurun, dan gunung-ganang di sebelah timurnya. Negara ini merdeka drp British pd tahun 1971Kamus Dewan Perdana
emirateunit mata wang lama yg digunakan di Emiriah Arab Bersatu sebelum dirhamKamus Dewan Perdana
ESCAPEconomic and Social Commission for Asia and the Pacific (Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik). ESCAP ialah suruhanjaya yg ditubuhkan pd 1947 di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu yg memberikan tumpuan pd soal kemiskinan, globalisasi dan sosial bagi 62 buah negara di Asia dan PasifikKamus Dewan Perdana
EUEuropean Union (Kesatuan Eropah). EU ialah pertubuhan yg dianggotai oleh negara-negara Eropah berkaitan dgn ekonomi dan politik, mis mewujudkan dasar ekonomi, perdagangan, pertanian dan kewangan yg sama supaya terbentuk satu rantau Eropah yg bersatu. Sebelum 1993, pertubuhan ini dikenali sbg EEC (Kesatuan Ekonomi Eropah)Kamus Dewan Perdana

Kembali ke atas