Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.tu] | برساتو

Definisi : 1. bergabung menjadi satu: Bangsa-Bangsa B~; enam puluh orang pemuda dr kampung itu telah pun ~ utk menjaga keamanan di situ; 2. bertaut atau bertemu (menjadi satu yg lebih besar): saluran-saluran rerambut darah semuanya ~ semula menjadi satu pembuluh besar; 3. bersebati (menjadi satu): zat makanan itu ~ dgn oksigen di dlm sel; 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sbg suami isteri): mereka sudah bernikah tetapi belum lagi ~; 6. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.tu] | برساتو

Definisi : 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Bulan terang menikam pari,
     Asam belimbing mengasah kuku;
Tengah malam kami ke mari,
     Bawa kawan nak bersatu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sebagai minyak dengan air.

Bermaksud :

Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Minyak dengan air adakah [= bolehkah] bercampur?).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
manangod Kdmenyerang.Oleh kerana ular yang dimakan oleh orang Kinasaraban itu adalah anak orang Tempasuk maka penduduk Tempasuk ini pun bersatu untuk manangod (menyerang) Kinasaraban.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelupis Ky, Kb, LBpulut yang dibalut dengan daun palas dan diikat sebelum dikukus.....kejayaan penduduk dari beberapa buah kampung menghasilkan jalinan kelupis sepanjang 210m kaki sempena Perayaan Ulang Tahun ke 40 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) peringkat Lawas baru-baru ini....Pedoman RakyatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas