Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.lang] | برسلڠ

Definisi : ; ~ tenggang pinjam-meminjam, bertolong bantu, meminta pinjaman (perto­longan): rumahnya tempat orang ~ teng­gang dlm kampung itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.lang] | برسلڠ

Definisi : 1. berantara (waktu), ada antara­nya: tiap-tiap hari dia menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.lang] | برسلڠ

Definisi : ada selangnya atau ada antaranya (di antara satu dgn yg lain); berantara: Rumah saya ~ dua pintu dr ru­mahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selang (kata nama)
Bersinonim dengan lat, senggang, jarak, antara, lang, renggang, sela;,
Kata Terbitan : berselang, berselang-seli, berselang-selang, menyelang, menyelangi, selangan, perselangan, penyelang,

Puisi
 

Jolok nangka di kampung hilir,
     Berselang kain ke pasar lama;
Jangan disangka pada yang lahir,
     Namun batin tak pernah sama.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tak kaya oleh emas pembawa,
     tak gadis oleh kain berselang.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan dalam hidup, jangan mengharapkan sangat kepada bantuan orang. emas pembawa = harta pemberian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perlukah perkataan pertama di perenggan pertama 'berselang'? Seperti contoh : Saya Ai Ling. Saya murid tahun dua.Saya ada datuk dan nenek. Mereka tinggal di kampung...... atau Saya Ai Ling. Saya murid tahun dua. Saya ada datuk dan nenek. Mereka tinggal di kampung......Soalan saudara tidak jelas dan idak ada perbezaan dalam kedua-dua ayat tersebut.Tatabahasa25.06.2012
apakah perkataan hikmat dan hikmah itu ada kalanya seerti dan boleh digunakan secara berselang-seli (interchangeably) seperti ibadah dan ibadat? jejari jejari@gmail.com

Berikut disertakan makna 'hikmat' dan 'hikmah' untuk saudara teliti perbezaannya. 

Hikmat:1. kepandaian, bijaksana 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu.

Hikmah: 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb).

Makna08.08.2009

Kembali ke atas