Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sem.bah.yang] | برسمبهيڠ

Definisi : 1. melakukan sembahyang (solat): pd suatu hari raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya; 2. (Kristian) berdoa pd petang hari (agama Kristian), bermohon kpd Tuhan; ~ pujian upacara berdoa pd petang hari (agama Kristian); 3. (di kalangan orang Cina) upacara utk menghormati nenek moyang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sem.bah.yang] | برسمبهيڠ

Definisi : me­laku­kan sembahyang mengikut syarat atau mengikut cara tertentu: Selepas ~ maghrib, kami anak-beranak pun terus makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembahyang (kata nama)
1. Dalam konteks Islam
bersinonim dengan solat, tiang agama,

2. Dalam konteks bukan Islam
bersinonim dengan puja, permintaan,

Kata Terbitan : bersembahyang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASBIH

Tasbih ialah kalungan manik kecil yang

digunakan untuk membantu ingatan dan tumpuan

semasa bersembahyang. Manik kecil ini mungkin

dibuat daripada kayu, logam, atau batu.

UMUM 
MENARA LOCENG

Menara loceng, dalam bahasa Inggeris disebut

campanile. Istilah ini berasal daripada perkataan Itali

yang bermaksud loceng. Kebanyakan menara

loceng terdapat di Itali. Bentuk menara biasanya

segi empat tetapi ada juga yang berbentuk bulat.

Sebahagian besarnya dibina di atas struktur yang

berasingan, tetapi ada yang disambungkan pada

gereja. Loceng di menara ini berfungsi untuk

memanggil orang bersembahyang. Menara serupa

ini juga didirikan di dewan bandar raya yang

berfungsi sebagai menara pengawal dan struktur

yang menjadi kebanggaan orang ramai.

UMUM 
AMISH

Amish tergolong dalam kumpulan Protestan yang

berasal dari Switzerland, tetapi kini berpusat di

Amerika Syarikat dan Kanada. Mereka juga dikenali

sebagai Old Order Amish . Amish mengajar tentang

kehidupan yang terpisah daripada dunia. Ahli-ahlinya

dilarang pergi berperang, mengangkat sumpah, atau

memegang jawatan awam. Doktrin mereka

menghendaki mereka bertani dan menjalani

kehidupan ringkas. Kaum lelaki Amish menyimpan

janggut dan memakai topi bertepi lebar manakala

kamu wanita memakai gaun labuh dan topi bonet.

Ahli-ahli bertemu di rumah mereka setiap dua

minggu untuk bersembahyang. Mereka membajak

tanah dengan kuda, dan Ordnung (kitab) mereka

melarang mereka menggunakan kuasa elektrik serta

telefon. Mereka mengehadkan pendidikan setakat

usia 15 tahun. Mereka yang mengingkari Kitab

Perjanjian Lama biasanya menyertai golongan

Mennonite (lihat Mennonite ).

UMUM 
KAIN BATIK KEDAH

KAIN BATIK KEDAH, kain sarung batik cap. Pada awalnya kain ini dihasilkan oleh pembatik di negeri Kelantan dan Terengganu, tetapi kini ia terdapat di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kain sarung ini digunakan oleh wanita Kedah sebagai pakaian harian. Di tempat-tempat lain, kain batik dipakai sewaktu bersembahyang.

BUDAYAKraf Tangan
MASJID-MASJID DI MALAYSIA

Masjid-masjid di Malaysia. Bangunan khas yang berfungsi sebagai tempat umat Islam bersembahyang dan ibadah-ibadah  lain yang berkaitan dengan pembangunan rohani dan penyatuan umat Islam.

KEJURUTERAANKonsep
BAJU MELAYU

Baju Melayu, pakaian kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini terdiri daripada baju Teluk Belanga atau baju cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutamanya untuk bersembahyang dan untuk ke pejabat pada hari Jumaat, untuk majlis formal, dan sebagai pakaian adat.

KESENIANArtifak/Mentifak

Kembali ke atas