Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sem.bah.yang] | برسمبهيڠ

Definisi : 1. melakukan sembahyang (solat): pd suatu hari raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya; 2. (Kristian) berdoa pd petang hari (agama Kristian), bermohon kpd Tuhan; ~ pujian upacara berdoa pd petang hari (agama Kristian); 3. (di kalangan orang Cina) upacara utk menghormati nenek moyang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sem.bah.yang] | برسمبهيڠ

Definisi : me­laku­kan sembahyang mengikut syarat atau mengikut cara tertentu: Selepas ~ maghrib, kami anak-beranak pun terus makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembahyang (kata nama)
1. Dalam konteks Islam
bersinonim dengan solat, tiang agama,

2. Dalam konteks bukan Islam
bersinonim dengan puja, permintaan,

Kata Terbitan : bersembahyang,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
komburongoh, *komburongo* Kd1. sebahagian peralatan dalam upacara keagamaan, diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, akar kayu, gigi babi/beruang, batu kecil. 2. sejenis rumput; Acorus calamus.Untuk menghubungi roh-roh ini, dukun-dukun wanita itu mengadakan upacara bersembahyang dan pemanjatan doa dengan bantuan alat yang dipanggil "Komnurongoh". Alat ini diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, sejenis tumbuhan yang juga dipanggil "Komburongoh", gigi babi hutan atau beruang, batu kecil berbentuk cincin dan akar-akar kayu. Alat ini juga dipanggil "Gonding" atau "Sukuon".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas