Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.o.ra.ngan] | برسأورڠن

Definisi : , berseorang 1. dgn cara se­orang-seorang; pengajaran ~ pengajaran dgn cara seorang-seorang; 2. seorang diri: soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.o.ra.ngan] | برسأورڠن

Definisi : dgn cara seorang-seorang; seorang diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bagaimanakan kita hendak membezakan penggunaan "berseorangan" & "keseorangan"? Bolehkah pihak tuan/puan memberikan contoh ayat yang mudah difahami? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat berseorangan bermaksud berseorang, dengan cara se­orang-seorang; dan seorang diri. Keseorangan pula bermaksud terasing seorang diri, tinggal se­orang diri, kesunyian.

Contoh ayat: 
 
Soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi berseorangan.

Sejak isterinya meninggal dia selalu berasa keseorangan.

 

Makna14.02.2020
Orang yang tidak tahan hidup kesunyian tidak akan mampu hidup berseorangan dalam tempoh _____. lama atau panjang lebih sesuai ?Orang yang tidak tahan hidup kesunyian tidak akan mampu hidup berseorangan dalam tempoh lama.Tatabahasa25.07.2014
"Kesunyian beliau pada zaman tua bukan sahaja berpunca daripada/dari hidup berseorangan, tetapi juga..." Apakah kata sendi yang sesuai dalam konteks ini? Terima kasih.Kata sendi yang betul ialah "daripada".Tatabahasa05.03.2007
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya untuk Kata Seru dimana kami mempunyai sedikit perbalahan pendapat: 4. “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). Di harap pihak tuan dapat membantu kerana saya merupakan guru Matematik yang mengajar BM di SJKC dan berseorangan. Saya juga akan mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah BM di IPG berdekatan untuk masalah ini. Terima Kasih.“_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah.

A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). 

oh = sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, ke­cewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; ~! kata Ros terkejut; o II.

cis = sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll); mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini.


Yang lebih tepat ialah kata seru 'cis'.
Tatabahasa13.10.2012

Kembali ke atas