Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.rah] | برسره

Definisi : 1. bergantung nasib diri kpd, memulangkan nasib kpd: sudah takdir, apa hendak dikatakan, ~ sahaja; 2. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa spt kpd polis (orang salah dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.rah] | برسره

Definisi : bergantung nasib (pd); mempercayakan diri dan nasib kpd; bertawakal: Kita tidak dpt berbuat apa-apa kecuali ~ kpd Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serah
Kata Terbitan : berserah, menyerah, menyerahkan, terserah, penyerahan, serah2, terserah-serah,

Puisi
 

Kalau tuan memetik rambai,
     Rambai ada di hujung dahan;
Sungguh berpantun kita beramai,
     Berserah kita kepada Tuhan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Habis akal baru tawakal.

Bermaksud :

Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya Suwaibah Sengsa. Sedang belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya : tentang asal usul perkataan "Tawakal" apakah artinya dan contoh dalam ayat. Terima kasih

Kata ‘tawakal’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab  bermaksud berserah kepada Tuhan setelah berusaha.

Makna25.09.2014
Salam Sekiranya saya nak alih bahasa perkataan 6 pieces ke BM, akan jadi 6 biji. Perlukah tanda dash atau tidak? 6 biji atau 6-biji Mohon pencerahan. Terima kasih.Wassalam... Berdasarkan soalan diatas, TIDAK perlu tanda sempang. Antara fungsi tanda sempang (-) digunakan bagi memisahkan antara perkataan dengan angka (contoh: DYMM YDA ke-15,) dan antara huruf besar dengan huruf kecil (cpontoh: kita berserah kepada-Nya).Oleh itu, Saya cadangkan 6 biji ditulis enam biji (angka dibawah 10 dieja dengan perkataan). Sekian.Tatabahasa18.05.2018

Kembali ke atas