Disuruh dituruti, berserah sekehendak hati. | Harap-harap percaya tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis akal baru tawakal. | Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pesan dituruti, petaruh dimalami (= berhunyikan), berserah berkehendak hati. | Harap ada percaya tidak. berhunyi = berhuni. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai wau putus teraju. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Laksana layang-layang putus teraju, b. Layang-layang putus talinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Layang-layang putus talinya. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Laksana layang-layang putus teraju). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana layang-layang putus teraju. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Layang-layang putus talinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sabung selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi. | Untung-untungan; berserah kepada nasib. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |