Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.rah] | برسره

Definisi : 1. bergantung nasib diri kpd, memulangkan nasib kpd: sudah takdir, apa hendak dikatakan, ~ sahaja; 2. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa spt kpd polis (orang salah dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.rah] | برسره

Definisi : bergantung nasib (pd); mempercayakan diri dan nasib kpd; bertawakal: Kita tidak dpt berbuat apa-apa kecuali ~ kpd Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serah
Kata Terbitan : berserah, menyerah, menyerahkan, terserah, penyerahan, serah2, terserah-serah,

Puisi
 

Kalau tuan memetik rambai,
     Rambai ada di hujung dahan;
Sungguh berpantun kita beramai,
     Berserah kita kepada Tuhan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Habis akal baru tawakal.

Bermaksud :

Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Disuruh dituruti, berserah sekehendak hati.Harap-harap percaya tidak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis akal baru tawakal.Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pesan dituruti, petaruh dimalami (= berhunyikan), berserah berkehendak hati.Harap ada percaya tidak. berhunyi = berhuni.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai wau putus teraju.Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Laksana layang-layang putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Layang-layang putus talinya.Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Laksana layang-layang putus teraju).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana layang-layang putus teraju.Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sabung selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi.Untung-untungan; berserah kepada nasib.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas