Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ser.ta] | برسرتا

Definisi : bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ser.ta] | برسرتا

Definisi : 1 bersama dgn; dgn: Sila tuan hantar borang ini kembali ~ wang langganan majalah tsb. 2 turut melakukan sesuatu: Saya ~ mereka mengusahakan tanah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu perkataan/frasa yang betul bagi "berserta" atau "berserta dengan"? Atau kedua-duanya boleh diguna pakai?Perkataan atau frasa "berserta" atau "berserta dengan" kedua-duanya boleh digunakan dalam pembentukan ayat. Perkataan "berserta" didefinisikan sebagai "bersama-sama dengan".

Contoh ayat:
1. Sila tuan hantar borang ini kembali berserta wang langganan majalah tersebut. (Rujukan: prpm.dbp.gov.my)
2. Dokumen prakelayakan yang telah siap berserta dengan dokumen sokongan akan dipulangkan di dalam sampul surat yang bermateri. (Rujukan: Kamus Dewan Perdana (DBP,2020), halaman 2078)
Tatabahasa24.01.2024
perkataan dikalangan..yang mana betul : dikalangan atau di kalangan? perkataan berserta..yang mana betul berserta atau beserta?Jawapan yang betul ialah 1. Frasa yang betul ialah dalam kalangan kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. 2. Ejaan yang betul ialah berserta.Lain-lain28.10.2010
Salam, Saya ingin bertanya yang mana adalah betul " beserta ' atau ' berserta' Contohnya ayat : Pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan 'beserta/berserta' bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus.Ejaan yang betul ialah berserta. Contoh ayat uang betul pula ialah pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan berserta bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus.Lain-lain02.02.2010
Adakah kata kerja "beserta" perlu diikuti oleh kata sendi nama "dengan" jika belakang terdapat kata nama? Contohnya: beserta dengan surat ini atau beserta surat ini?Ejaan yang betul ialah "berserta".  Perkataan berserta tidak perlu diikuti dengan perkataan "dengan" kerana berserta itu sendiri sudah bermaksud "dengan".Lain-lain21.07.2014
1)berserta 2)peserta1)berserta 2)persertaEjaan09.12.2011
Apakah beza BESERTA dengan BERSERTA?Ejaan yang betul ialah berserta kerana kata dasarnya ialah serta, dan ditambah awalan ber.Ejaan28.08.2014
Manakah ejaan yang betul.. berserta atau beserta?Ejaan yang betul bagi soalan tersebut ialah berserta. Terima kasih.Ejaan02.05.2023
Yang mana satukah yang betul? 1) mempastikan @ memastikan 2) berserta @ besertaYang betul ialah memastikan dan berserta.Ejaan23.10.2008
Apakah ejaan yang lebih tepat:berserta atau beserta ?jika kedua-duanya boleh digunapakai, bilakah waktu yang sesuai penggunaan masing-masing.Ejaan yang betul ialah berserta dan diguna pakai.Ejaan09.08.2006
Yang manakah menggunakan pengunaan imbuhan yang lebih tepat samaada 'berserta' atau 'beserta'? Terima kasihPenggunaan imbuhan yang tepat ialah ber-, iaitu berserta.Tatabahasa16.10.2013
12345678910...

Kembali ke atas