Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ser.ta] | برسرتا

Definisi : bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ser.ta] | برسرتا

Definisi : 1 bersama dgn; dgn: Sila tuan hantar borang ini kembali ~ wang langganan majalah tsb. 2 turut melakukan sesuatu: Saya ~ mereka mengusahakan tanah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,


Pantun

PantunSumberTema
Darjat pangkat berserta bintang, Darjat diukur tidak terbilang, Hajat berdagang di tanah seberang, Dapat untung dibawa pulang.Pantun Melayu SarawakPerantau
Belilah tikar berserta bantal, Untuk dibentang di dalam pondok; Hati berdebar bercampur kesal, Menengok abang diam merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kata tua kata bersendi, Sendinya Quran berserta sunah; Hina bangsa kerana keji, Keji berkawan gila memerintah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang pelaut disuruh berenang. Mencari todak berserta kepiting; Orang penakut disuruh berperang, Tahi berserak mencurah kencing.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tiap mudik perahu nelayan, Membawa jala berserta bubu; Kuharap adik mahu berkawan, Supaya mudah kita bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila termakan ke biji pahit, Berilah cuka berserta madu· Bila kusimpan jadi penyakit, Hendak dibuka berasa malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang menjerat ke hulu Johor, Mencari rusa berserta kijang; Abang ibarat perahu bocor, Siapa pula yang mahu menumpang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam naik ke sampan, Membawa jala berserta jaring; Dalam diam adik doakan, Semoga kakanda tidak berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas