Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ser.ta] | برسرتا

Definisi : bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ser.ta] | برسرتا

Definisi : 1 bersama dgn; dgn: Sila tuan hantar borang ini kembali ~ wang langganan majalah tsb. 2 turut melakukan sesuatu: Saya ~ mereka mengusahakan tanah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
biau Ibupacara berdoa sambil mengibarkan seekor ayam semasa majlis keramaian (untuk maksud sosial).Seluruh isi rumah itu berkumpul menghadiri upacara ‘biau’ itu. Ayah dan ibu Kumang juga hadir di situ. Mereka datang berserta dengan rombongan siang tadi.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
keromong Ibsejenis alat muzik berupa gong kecil yang diperbuat daripada tembaga. Ia terdiri daripada tujuh buah dengan bunyi yang berlainan.Kami yang datang beramai-ramai ini, ialah untuk menepati janji yang telah kami buat dengan ayah Kumang. Rombongan kami ini yang datang berserta dengan gong dengan ‘keromong’, ialah hendak meminta dibahagikan batu bulan purnama, batu Petakang Bintang Tiga dengan batu intan yang bercampur permata, yang boleh bertukar menjadi manusia dan boleh juga bertukar menjadi pengaruh yang boleh membawa harta benda.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas