Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ser.ta] | برسرتا

Definisi : bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ser.ta] | برسرتا

Definisi : 1 bersama dgn; dgn: Sila tuan hantar borang ini kembali ~ wang langganan majalah tsb. 2 turut melakukan sesuatu: Saya ~ mereka mengusahakan tanah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
joined inbersertaUndang-undangTiadaTiada
with-profit policypolisi berserta keuntunganEkonomiTiadaTiada
haemopneumopericardiumhemopneumoperikardiumPerubatanTiadaPneumoperikardium berserta efusi berdarah.
paramereparamerBiologiEntomologiSepasang cuaran dalaman berserta klasper dan zakar membentuk genitalia luar serangga jantan.
electric sparkcucuh elektrikKimiaTiadaNyahcas elektrik, berserta cahaya dan bunyi, melalui dielektrik atau penebat.
surge losshilangan pusuKejuruteraanPetroleumAliran bendalir berserta pepejal yang terjadi pada tahap awal penurasan bendalir penggerudian. Aliran ini terjadi sebelum pori-pori tersumbat dan sebelum terbentuknya kek turas.
denominate numbernombor sebutMatematikTiadaNombor yang berserta dengan unit sukatan seperti 1 jam, 2 meter atau 3 kilogram.
mofettemofetteGeologiTiadaLohong tempat keluarnya karbon dioksida berserta nitrogen dan oksigen pada tahap lewat keaktifan volkano.
blast wavegelombang bagasKejuruteraanTiadaDenyut tekanan udara berserta angin yang merambat berterusan daripada letupan.
solvatesolvatKimiaBiokimiaKumpulan molekul atau ion pelarut berserta molekul atau ion zat terlarut.
12345678910...

Kembali ke atas