Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.sa/.se.sa/] | برسسق-سسق

Definisi : berasak-asak, berhimpit-himpit, bersempit-sempit: para penonton ramai ~-sesak; ~ bagai ular tidur prb perihal orang yg dlm kesempitan (kerana ditagih hutang dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.sa/.se.sa/] | برسسق-سسق

Definisi : berhimpit-himpit kerana ter­lalu penuh; bersempit-sempit: Para penonton ~ di hadapan pentas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesak (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak lapang: sendat, sempit,
Berantonim dengan lapang

2. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, merasak,
Berantonim dengan kosong

3. Dalam konteks nafas
bersinonim dengan tersumbat, tersekat, sendat, senak, sebak, sebu, senuh, segah, sangih, sekak,
Berantonim dengan lega

4. Bersinonim dengan susah: payah, sempit, serba kekurangan, miskin, papa, terhimpit, tersepit, terdesak, picik,
Berantonim dengan senang

Kata Terbitan : bersesak-sesak, menyesakkan, tersesak, kesesakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk orang berlanggaran (punggung dengan punggung) akibat ruang yang sempit? Contoh ayat, Orang yang berdiri di dalam bus yang penuh itu terpaksa "berlanggaran" antara satu sama lain. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "berlanggaran"?Dalam sumber rujukan kami tidak ada kata khusus yang merujuk kepada perbuatan berlanggaran akibat ruang yang sempit, namun perbuatan yang paling hampir dengan situasi tersebut ialah bergesel, bersesak-sesak atau berhimpit-himpit.Tatabahasa03.09.2010

Kembali ke atas