Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.suaian] | برسسواين

Definisi : cocok benar dgn, berpadanan, berpatutan: saya rasa tugas ini ~ benar utk kaum wanita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.suaian] | برسسواين

Definisi : mempunyai hal-hal yg sesuai antara satu dgn yg lain; berpatutan; berpadanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,

Peribahasa

Memberi makan anjing di tembikar,
     memberi makan gajah dengan alatnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan itu hendaklah bersesuaian dengan tempat dan keadaannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud bersesuaian bagi "plenary and keynote speakers"Berdasarkan carian, maksud dapatan kami:

1. Plenary speakers bermaksud seseorang atau tokoh yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang memberikan ceramah/ucapan berkenaan bidang tersebut.

2. Keynote speakers bermaksud seseorang yang memberikan ceramah/ucapan berdasarkan topik utama perbincangan
Penyemakan dan penterjemahan07.01.2019
Apakah terjemahan bersesuaian untuk aktiviti seperti 'hiking' dan 'trekking'? terima kasihCadangan terjemahan kami hiking ialah kembara dan tiada maklumat tentang trekking, kecuali jungle tracking diterjemahkan kepada merentas hutan.Penyemakan dan penterjemahan02.10.2017
Selamat petang Tuan/ Puan Mohon kepastian translasi untuk perkataan berikut: 1) Techno-anxiety - kebimbangan terhadap teknologi/ kebimbangan teknologi - kerisauan terhadap teknologi/ kerisauan teknologi Mana satu translasi adalah bersesuaian?Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk techno-anxiety ialah kebimbangan teknologi. Dalam data Istilah Bahasa Melayu (PRPM), perkataan anxiety boleh diterjemah kepada kebimbangan, kerisauan dan keresahan. Walau bagaimanapun, perkataan kebimbangan lebih banyak digunakan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=anxiety&d=28648&#LIHATSINI
Istilah31.03.2021
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan nasihat tentang istilah yang bersesuaian bagi "one-to-one consultation" dalam Bahasa MalaysiaPerkataan yang bersesuaian dalam bahasa Melayu bagi one-to-one consultation ialah perundingan bersemuka.Istilah17.06.2019
Ayat yang bersesuaian bagi latar pentas berikut? MAJLIS PERASMIAN PADDOCK KUDA BERBUMBUNG DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR OLEH YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN Mohon kataganti yang bersesuaian bagi perkataan paddock. Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk "paddock" ialah padok.Istilah19.10.2016
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon bertanya apakah perkataan yang bersesuaian untuk situasi anak memperdengarkan hafalan doa, hadis dan zikir kepada ibu bapa. Adakah perkataan (hafalan atau hafazan) yang bersesuaian? 1) Perdengarkan (hafalan / hafazan) doa kepada ibu bapa 2) Perdengarkan (hafalan / hafazan) hadis kepada ibu bapa 3) Perdengarkan (hafalan / hafazan) zikir kepada ibu bapa Terima kasih atas perhatian pihak tuan/ puan.Perkataan yang sesuai ialah hafazan.  Tatabahasa10.09.2020
Assalam. Tuan/Puan, Saya nak bertanya adakah penggunaan ayat bagi tema "Budayakan Inovasi Semarakkan Produktiviti" ini bersesuaian dan tepat. Sekiranya tidak bersesuaian, memohon cadangan dan pembetulan ayat bagi tema tersebut. Sekian, terima kasih.Produktiviti ialah daya pengeluaran, lazimnya perkataan ini dirangkaikan dengan kata yang memberi makna penambahan kepada produktiviti seperti meningkatkan produktiviti. Kami juga berpandangan, bentuk kata terbitan me-/meN-...-kan lebih sesuai digunakan bagi menunjukkan kebersamaan seperti "Membudayakan Inovasi, Meningkatkan Produktiviti".

Tatabahasa24.04.2015
rujukan apakah yang terdapat di DBP bersesuaian dengan kajian saya mengenai penguasaan tulisan jawi dikalangan pelajar sekolah rendah dan kesannya terhadap pencapaian dalam pendidikan islam. Harap Tuan dapat senaraikan rujukan yang bersesuaian dengan kajian ini?Sdr boleh mendapatkan rujukan ttg jawi dengan meneliti kertas kerja yg terdapat di PDM Dewan Bahasa dan Pustaka KL. Pihak DBP pernah mengadakan konvesyen jawi suatu ketika dahulu dan kertas kerja tersebut disimpan di PDM sebagai bahan dokumentasi. Selain itu sdr boleh juga berkunjung ke JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) bagi mendapatkan maklumat mengenai tulisan jawi. Terima kasih.Lain-lain14.09.2008
Saya sedang menyiapkan projek sarjana muda. Oleh itu, boleh saya tahu translation perkataan yang bersesuaian dengan job insecurity?Pihak kami mencadangkan padanan dalam bahasa Melayu untuk frasa "job insecurity" iaitu "ketidakyakinan terhadap kerjaya", sekiranya bersesuaian dengan konteks puan.

Terima kasih.
Makna22.10.2019
Apakah padanan bagi 'spirit medium' dalam bahasa Melayu?Untuk mendapatkan makna khusus dari segi istilah adalah bergantung kepada laras atau bidang yang bersesuaian. Sila nyatakan konteks atau bidang khusus perkataan tersebut untuk pihak kami membuat rujukan bagi mendapatkan padanan yang bersesuaian.Lain-lain27.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas