Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.suaian] | برسسواين

Definisi : cocok benar dgn, berpadanan, berpatutan: saya rasa tugas ini ~ benar utk kaum wanita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.suaian] | برسسواين

Definisi : mempunyai hal-hal yg sesuai antara satu dgn yg lain; berpatutan; berpadanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,

Peribahasa

Memberi makan anjing di tembikar,
     memberi makan gajah dengan alatnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan itu hendaklah bersesuaian dengan tempat dan keadaannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
professional liability insuranceinsurans liabiliti profesionalinsuransTiada1. lih. insurans salah amalan untuk takrif yang bersesuaian dengan bidang perubatan. 2. lih. insurans ralat dan ketinggalan untuk takrif yang bersesuaian dengan bidang seperti perundangan dan perakaunan. Ralat dan ketinggalan juga terdapat di dalam kebanyakan jenis perniagaan seperti agensi pelancongan dan ibu sawa telefon.
concept testingpengujian konsepKomunikasiKorporatKaedah kajian khalayak untuk menilai strategi kreatif sesuatu konsep pengiklanan. Penyediaan sesuatu kempen pengiklanan memerlukan konsep yang bukan sahaja bersesuaian dengan imej syarikat yang menghasilkan barangan tetapi perlu bersesuaian dengan penerimaan khalayak sasaran iklan semasa. Kaedah ini mengandaikan sekiranya terdapat keserasian konsep antara barangan dengan penerimaan khalayak, maka hasil keberkesanan iklan adalah tinggi. Oleh itu, ujian ini dianggap kritikal dalam proses pengiklanan. Contohnya, iklan penjenamaan imej syarikat petroleum semasa musim perayaan. Syarikat ini diuar-uarkan sebagai syarikat yang mesra keluarga semasa masyarakat sedang memperkatakan tentang isu ibu bapa tunggal. Pihak pengiklan menggunakan isu ini untuk menarik perhatian khalayak dengan melambangkan seorang ibu yang terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk mewujudkan kemeriahan sambutan hari raya. Melalui iklan ini, ditonjolkan autoriti penjaga, kesepaduan hubungan adik-beradik, kesediaan memikul tanggung-jawab, hormat kepada ibu dan orang dewasa, berkorban untuk keluarga, serta berusaha dan bekerja keras untuk mencapai matlamat. Dalam hal ini, terdapat kesepaduan konsep antara syarikat pengeluar barangan dengan persekitaran pengguna. Namun untuk memastikan konsep iklan ini diterima oleh khalayak, maka pengujian beberapa konsep dilakukan terlebih dahulu sebelum satu konsep akhir dijelmakan secara kreatif dalam iklan yang diterbitkan dan disiarkan.
repugnanttidak bersesuaianUndang-undangTiadaTiada
appropriate theretoyang bersesuaian dengannyaUndang-undangTiadaTiada
doctrine of appropriationdoktrin bersesuaianKejuruteraanTiadaTiada
manspower policydasar tenaga manusiaEkonomiTiadaDasar yang bertujuan untuk menyediakan buruh dengan bilangan yang mencukupi dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan pembangunan sesebuah negara. Dasar ini melibatkan tiga aspek, iaitu penawaran buruh, permintaan buruh, dan pewujudan tenaga buruh. Dalam pelaksanaannya, dasar ini menitikberatkan latihan untuk meningkatkan kualiti buruh supaya seimbang dengan permintaan buruh dan pelajaran, bersesuaian dengan peningkatan kualiti tenaga manusia.
consonantkonsonanKesenianTiada1. Kombinasi not yang bersesuaian pada pendengaran
nachtmusik (G)muzik malamKesenianTiadaKarya muzik bersesuaian untuk suasana malam contoh serenata.
dissonantdisonanKesenianTiadaKombinasi not yang tidak bersesuaian pada pendengaran.
therapeutic effectkesan terapeutikPerubatanTiadaKesan yang bersesuaian dengan tujuan pemberian ubat. Kesan ini biasanya berkadar terus dengan dos ubat dalam julat terapeutik. Sebagai contoh, penurunan suhu badan seseorang yang demam merupakan kesan terapeutik pengambilan ubat Paracetamol.
12345678910...

Kembali ke atas