Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sung.guh.sung.guh] | برسوڠݢوه-سوڠݢوه

Definisi : (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu penga­kuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sung.guh.sung.guh] | برسوڠݢوه-سوڠݢوه

Definisi : bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Puisi
 

Anak ayam turun sepuluh,
     Mati seekor tinggal sembilan;
Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh,
     Akan buat bekalan hari kemudian.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai gadis jolong menumbuk.

Bermaksud :

Rajin dan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera; Saya ingin bertanya tentang penggunaan a) .....belajar dengan sungguh-sungguh b) .....belajar dengan bersungguh-sungguh c) .....belajar bersungguh-sungguh manakah yang betul? Terima kasih.

Andrew,

kedua-dua ayat ini - belajar dengan bersungguh-sungguh dan .....belajar bersungguh-sungguh  - boleh digunakan tetapi kita kena lihat penggunaannya dalam ayat yang penuh.

Tatabahasa26.03.2010
Yang manakah satu betul? 1. bersungguh-sungguh belajar / belajar bersungguh-sungguh. 2. berkali-kali menasihatinya / menasihatinya berkali-kali 3. Adakah rumusan berikut terpakai untuk semua frasa keterangan kata kerja? [ frasa adjektif]+kata kerja. Contohnya, bergotong-royong membersihkan, bertungkus lumus memadamkan api, bersungguh-sungguh menyiapkan kerja rumah, dan lain-lain.

Jawapan yang betul  ialah belajar bersungguh-sungguh dan menasihatinya berkali-kali. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Contohnya,

1. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji

2. Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.

3. Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahan-lahan.

4. Bunga rampai itu berbau sungguh harum.

5. Mereka berjuang bermati-matian.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang unsur keterangan dalam frasa kerja sila rujuk Tatabahasa Dewan ms. 399-402.

Tatabahasa22.03.2011
penggunaan tanda baca: a)Kata ibu, "belajarlah bersungguh-sungguh." b)Kata ibu, "Belajarlah bersungguh-sungguh." mana yang betul? terima kasih..Struktur ayat yang betul ialah "Belajarlah bersungguh-sungguh." kata ibu.Tatabahasa08.07.2013
Perkataan bersungguh-sungguh dikira kata kerja kerja tak transitif atau kata adjektif. Contoh ayat : Nenek selalu mengingati adik agar belajar dengan bersungguh-sungguh di sekolah. Mohon pencerahan dari tuan. Terima kasih.
Perkataan bersungguh-sungguh ialah kata adverba. Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.
Tatabahasa23.04.2021
Adik belajar dengan bersungguh-sungguh. Atau Adik bersungguh-sungguh belajar.Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaan ayat bergantung pada konteks dan situasi.Tatabahasa15.02.2010
Zamri bersungguh-sungguh semasa meminta maaf kepada Amir kerana ( dihantui / ditindas ) rasa bersalah atas perbuatannya. Yang manakah jawapan paling tepat? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Zamri bersungguh-sungguh semasa meminta maaf kepada Amir kerana dihantui rasa bersalah atas perbuatannya".Tatabahasa24.07.2023
Jika kalian belajar bersungguh-sungguh, kalian ............ berjaya. A.boleh b. dapat C.mesti D.pasti Jawapan mana yang paling tepat?

Jawapan yang paling tepat ialah D.pasti, iaitu Jika kalian belajar bersungguh-sungguh, kali pasti berjaya.

Tatabahasa16.08.2010
Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat ini? (a)Banyak orang beranggapan bahawa bahasa tidak perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh?Banyak orang beranggapan bahawa bahasa tidak perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh, ayat ini betul.Lain-lain15.10.2015
Saya telah dimaklumkan bahawa dengan harus diikuti dengan frasa nama. Bolehkah dengan disusuli kata adjektif ? Contohnya, dengan bersungguh-sungguh, dengan khusyuk.Sebagai kata sendi nama, dengan di hadapan kata nama atau frasa nama digunakan untuk membawa pelabagai maksud, antaranya cara sesuatu itu dilakukan. Oleh itu ... dengan bersungguh-sungguh ..., atau ... dengan khusyuk ... boleh digunakan.Tatabahasa08.03.2010
Saya bersungguh-sungguh mengharap pihak DBP mempergiatkan usaha mempopularkan bahasa Melayu di media sosial. Saya sarankan, dan saya harap saran ini diambil serius, berikan munsyi-munsyi DBP mengelola akaun media sosial khususnya Twitter untuk mengajar rakyat bahasa Melayu yang baik dan benar, sesuai dengan penggunaan media sosial dan menegur ahil politik yang kian lama makin tidak endahkan bahasa Melayu. Wujudkan tentera maya bagi mempromosi bahasa baik dan benar. Terima kasih atas keprihatinan dan cadangan/saranan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu. Cadangan pihak tuan akan kami panjangkan kepada pihak atasan kami.Lain-lain04.02.2019
123456

Kembali ke atas