Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sung.guh.sung.guh] | برسوڠݢوه-سوڠݢوه

Definisi : (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu penga­kuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sung.guh.sung.guh] | برسوڠݢوه-سوڠݢوه

Definisi : bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Puisi
 

Anak ayam turun sepuluh,
     Mati seekor tinggal sembilan;
Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh,
     Akan buat bekalan hari kemudian.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai gadis jolong menumbuk.

Bermaksud :

Rajin dan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bibliomaniabibliomaniaPerpustakaanTiadaKeghairahan dan keinginan yang bersungguh-sungguh untuk memperoleh dan mengumpul buku-buku.
intensitykeamatanKesusasteraanPuisiKeadaan yang amat sangat, dan bersungguh-sungguh dalam mencitrakan sesuatu imej, seperti imej alam, imej manusia dan sebagainya. Keadaan ini boleh meninggalkan pelbagai kesan seperti sedih, marah dan simpati kepada khalayak apabila puisi itu dideklamasikan. Sinonim intensiti.
drilllatih tubiPendidikanTiadaLatihan secara berulang-ulang dan bersungguh-sungguh untuk menguasai pengetahuan atau kemahiran.
penchantkecenderungan; cenderungSejarahTiadaSifat orang yang berminat dalam sesuatu hal dengan bersungguh-sungguh atau cenderung melakukan sesuatu sebagai kegemaran.
effort to performance expectancyharap usaha jayaPentadbiranTiadaJangkaan bahawa usaha yang bersungguh-sungguh akan membawa kejayaan.
market challengerpencabar pasaranPentadbiranTiadaSyarikat yang menjadi pengikut pasaran tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah bahagian pasaran syarikat.
assertive behaviourtingkah laku mendesakSosiologiTiadaPerilaku yang menunjukkan ciri-ciri ketegasan, memaksa dan bersungguh-sungguh.
agitationagitasi; pengocakan; penggoncangan; acumanSejarahTiada1. Keadaan resah yang berlebihan, peningkatan aktiviti mental dan fisikal. 2. Perbuatan menggoncangan bekas supaya kandungannya bergerak dan bercampur dengan cepat. 3. Acuman: Usaha yang bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh individu atau kumpulan untuk merangsang, mempengaruhi dan melahirkan perasaan kurang senang awam terhadap sesuatu hal, seperti mengadakan tunjuk perasaan atau mogok.
win by referee stop contest (R.S.C.)menang henti tandingSukanTiadaKeputusan referi yang memberikan kemenangan kepada petinju, kerana menurut penelitiannya lawan pemenang berada dalam keadaan tidak berdaya, luar tara, tidak seimbang, dan tidak bersungguh-sungguh.
testing threatancaman ujianPendidikanTiadaAncaman daripada penggunaan praujian sebelum memulakan kajian. Sebarang perubahan yang ketara dalam pencapaian pascaujian mungkin bukan disebabkan rawatan atau intervensi kajian, tetapi usaha subjek sendiri atas dasar kesedaran mereka untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
12

Kembali ke atas