Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menjadi se­ma­kin baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
improvebertambah baikPertanianTiadaTiada
improvebertambah baikPerubatanTiadaTiada
improvement reportlaporan pembaikanMeteorologiMeteorologi PerhubunganLaporan tentang perubahan cuaca yang bertambah baik secara mendadak.
prognosisprognosisPerikananAkuakulturPeramalan untuk menentukan jenis penyakit, tanda dan gejala penyakit akan bertambah baik/buruk atau tetap stabil dari semasa ke semasa, dan kemungkinan jangka hayat ikan tersebut. Prognosis dibuat berdasarkan pada situasi penyakit yang didiagnosis, keadaan fizikal ikan serta rawatan yang ada.
healingrehat mindaUmumTiadaProses apabila keadaan buruk atau emosi yang menyakitkan berakhir atau bertambah baik.
overlearningterlebih belajarPsikologiPsikologi UmumPembelajaran tambahan yang diperoleh selepas sesuatu kemahiran yang lebih tinggi dikuasai. Melalui pembelajaran ini, ingatan akan menjadi bertambah baik secara berlipat ganda. Caranya ialah melalui kajian atau mempelajari dengan lebih lanjut tentang maklumat yang telah diketahui. Kadangkala, proses ini dirujuk juga sebagai latihan atau pengulangan yang melampaui had yang diperlukan untuk mengingat atau mengekalkan sesuatu maklumat.
sudden change reportlaporan perubahan mendadakMeteorologiMeteorologi PerhubunganLaporan meteorologi khas yang dipancarkan oleh stesen untuk menunjukkan keadaan cuaca bererti yang bertambah buruk atau bertambah baik terutamanya untuk penerbangan.
sodium carbonate poisoningkeracunan natrium karbonatKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan natrium karbonat (formula kimia, Na2CO3). Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit yang teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, keadaannya mungkin bertambah baik selama 2- 4 hari tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teramat yang bermula secara tiba-tiba, tegang abdomen, dan tekanan darah menurun dengan cepat yang menandakan tembusan gaster atau esofagus yang tertangguh. Dos maut yang dianggarkan untuk orang dewasa ialah 30 g. Kesan korosif ialah pemusnahan superfisial pada kulit atau membran mukus. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik.
sodium hydroxide poisoningkeracunan natrium iodidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada natrium hidroksida (formula kimia, NaOH), yang merupakan alkali korosif. Kesannya ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Had pendedahan ialah 0.002 mg/L, dan dos maut yang dianggarkan bagi orang dewasa ialah 5 g. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit yang teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, keadaannya mungkin bertambah baik selama 2 - 4 hari tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teramat yang bermula secara tiba-tiba, tegang abdomen, dan tekanan darah menurun dengan cepat yang menandakan tembusan gaster atau esofagus yang tertangguh. Keradinan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik.
rational emotive therapyterapi emosi rasionalPsikologiPsikologi UmumTerapi yang ditumpukan kepada usaha untuk mengubah kepercayaan tidak rasional yang membawa kepada masalah emosi. Menurut Ellis (1973, 1995), individu yang tidak gembira akan membentuk perasaan mengalah kerana mereka mempunyai kepercayaan yang tidak realistik atau salah. Sekiranya emosi terganggu, individu yang terlibat akan membuat generalisasi yang melampaui batas. Sekiranya mereka melakukan kesilapan, walaupun kecil individu berkenaan akan menganggap dirinya sebagai sangat jahat. Oleh itu, pendekatan ini lebih menumpukan perhatian kepada usaha mencabar kepercayaan klien yang tidak realistik. Ahli terapi akan mencabar pemikiran atau pandangan itu dan menganggapnya sebagai satu fikiran yang tidak rasional atau salah anggapan. Emosi klien akan bertambah baik sekiranya kepercayaan tersebut dapat dihapuskan.
12

Kembali ke atas