Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tang.gung.ja.wab] | برتڠݢوڠجواب

Definisi : 1. = ~ atas (terhadap, tentang, dlm) mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, ber­ke­wajiban: siapakah yg ~ atas kekalahan kita? 2. = ~ kpd menanggung segala-galanya, me­nang­gung sesuatu kpd: kakitangan ~ kpd majikan mereka; kedua-dua pihak sama ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tang.gung.ja.wab] | برتڠݢوڠجواب

Definisi : ­­­­­­­­ 1 = ~ atas (terhadap, ttg, dlm) mempunyai tanggungjawab; berkewajipan: Mereka ~ terhadap keamanan negara. 2 = ~ kpd menanggung segala tanggungjawab: Jemaah menteri ~ kpd parlimen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Terimpit (terhimpit) hendak di atas,
     terkurung hendak di luar.

Bermaksud :

Tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang diperbuatnya; mahu melepaskan diri daripada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Adakah kita bertanggungjawab terhadap alam sekitar?Zalina Haji ArshadDewan Budaya1 October 1990
Perbuatan tidak bertanggungjawabShaidah ShafieDewan Siswa1 October 1987
Adakah anda bertanggungjawab?Mat Saad BakiDewan Siswa1 August 1988
Siapa yang bertanggungjawab?TiadaDewan Siswa1 January 1983
Anda remaja yang bertanggungjawab?Salina IbrahimDewan Siswa1 May 2007
Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab?Muhammad ZubairDewan Masyarakat1 February 2007
Siswazah lemah: siapa bertanggungjawab?Roslina MohamadDewan Budaya1 May 1990
Kemerosotan kerana tidak bertanggungjawab?Nasruddin Hj. FaisolDewan Siswa1 April 1987
Jiran yang tidak bertanggungjawabWong Tit WaiDewan Siswa1 July 1986
Dasar Sosial Negara rakyat bertanggungjawab merealisasikannyaLokman IsmailDewan Agama & Falsafah1 June 2004
12

Kembali ke atas