Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tang.gung.ja.wab] | برتڠݢوڠجواب

Definisi : 1. = ~ atas (terhadap, tentang, dlm) mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, ber­ke­wajiban: siapakah yg ~ atas kekalahan kita? 2. = ~ kpd menanggung segala-galanya, me­nang­gung sesuatu kpd: kakitangan ~ kpd majikan mereka; kedua-dua pihak sama ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tang.gung.ja.wab] | برتڠݢوڠجواب

Definisi : ­­­­­­­­ 1 = ~ atas (terhadap, ttg, dlm) mempunyai tanggungjawab; berkewajipan: Mereka ~ terhadap keamanan negara. 2 = ~ kpd menanggung segala tanggungjawab: Jemaah menteri ~ kpd parlimen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Terimpit (terhimpit) hendak di atas,
     terkurung hendak di luar.

Bermaksud :

Tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang diperbuatnya; mahu melepaskan diri daripada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Orang beradat bertanggungjawab, Hutang dibayar beban dipikul; Membuang adat hidup kan gelap, Malangnya besar akal pun tumpul.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bancuh kopi untuk saudara, Tebas rumput rata-rata; Bertanggungjawab kepada Negara, Lepas tangan putih mata.Pantun Melayu SarawakBerkait
Kalau menyalin langsung menjawab, Buatlah tanda supaya terang; Kalau pemimpin bertanggungjawab, Rakyatnya bahagia hidupnya tenang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Laksa Sarawak sedap rasa, Bancuh kopi untuk saudara; Dapat digelar wira bangsa, Bertanggungjawab kepada Negara.Pantun Melayu SarawakBerkait

Kembali ke atas