Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tang.gung.ja.wab] | برتڠݢوڠجواب

Definisi : 1. = ~ atas (terhadap, tentang, dlm) mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, ber­ke­wajiban: siapakah yg ~ atas kekalahan kita? 2. = ~ kpd menanggung segala-galanya, me­nang­gung sesuatu kpd: kakitangan ~ kpd majikan mereka; kedua-dua pihak sama ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tang.gung.ja.wab] | برتڠݢوڠجواب

Definisi : ­­­­­­­­ 1 = ~ atas (terhadap, ttg, dlm) mempunyai tanggungjawab; berkewajipan: Mereka ~ terhadap keamanan negara. 2 = ~ kpd menanggung segala tanggungjawab: Jemaah menteri ~ kpd parlimen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Terimpit (terhimpit) hendak di atas,
     terkurung hendak di luar.

Bermaksud :

Tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang diperbuatnya; mahu melepaskan diri daripada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accountable administratorpentadbir bertanggungjawabPentadbiranPentadbiran Awam

Individu atau pegawai yang bertanggungjawab dalam pentadbiran sesebuah organisasi. Pegawai tersebut turut terlibat dalam penggubalan dasar dan bertanggungjawab memastikan kelicinan perjalanan dan pelaksanaannya. Beliau juga bertanggungjawab terhadap setiap perbelanjaan dan kualiti sesebuah projek. Bagi menyemak pelaksanaannya, pegawai perlu mengadakan pemantauan dari masa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang kelemahan, pegawai tersebut perlu mengambil tindakan pembetulan dengan kadar segera agar tidak memberikan impak negatif.

accountable public managerpengurus awam bertanggungjawabPentadbiranPentadbiran Awam

Penjawat kerajaan yang mempunyai kuasa dalam sesebuah organisasi bagi menguruskan sesuatu hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan umum. Pengurus awam bertanggungjawab memegang autoriti tertentu dalam membuat keputusan dan mengendalikan bidang kuasa berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan sistem pengurusan organisasi. Untuk menjadi seorang pengurus awam yang bertanggungjawab, seseorang individu itu perlu dedikasi, kreatif, telus dan mempunyai etika kerja yang cemerlang. Contohnya, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan pengurus awam yang bertanggungjawab dalam menentukan bentuk bantuan atau sumbangan yang boleh disalurkan kepada orang ramai.

accountable managementpengurusan bertanggungjawabPentadbiranPentadbiran Awam

Pentadbir peringkat atasan yang mempunyai kewajipan tertentu dalam memimpin dan memacu organisasi ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pengurusan bertanggungjawab mempunyai fungsi terkhusus dalam membuat perancangan dan keputusan, mengeluarkan arahan, mengatur, menyelaras dan menguatkuasakan peraturan. Pentadbir peringkat atasan juga bertindak sebagai jurulatih, pembimbing, penasihat, pemujuk, dan pihak yang sentiasa memberikan galakan atau motivasi kepada pekerja. Dalam konteks ini, pengurusan bertanggungjawab perlu telus, amanah, berdedikasi dan mempunyai pandangan yang jauh dalam membawa organisasi ke mercu kejayaan.

administrative officerpegawai tadbirPentadbiranPentadbiran Awam

Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran sesebuah organisasi. Tugas dan fungsi mereka adalah berdasarkan bentuk struktur organisasi sesebuah jabatan. Pegawai Tadbir bertanggungjawab membuat keputusan, memimpin kakitangan bawahannya, melaksanakan dasar dan mengkoordinasikan aktiviti jabatan. Contohnya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan seorang Pegawai Tadbir yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran kerajaan.

wardrobe supervisorpenyelia busanaKomunikasiTiadaOrang yang bertanggungjawab menyelia segala busana untuk kegunaan di lokasi penggambaran. Beliau juga bertanggungjawab mendapatkan busana yang sesuai untuk dipakai oleh pelakon.
stage managerpengurus pentasKomunikasiTiadaOrang yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti pementasan dan penggambaran supaya berjalan lancar. Beliau juga bertanggungjawab mengendalikan petugas-petugas pentas di bawah kelolaannya.
traceable expendituresperbelanjaan surihanKomunikasiKorporatPeruntukan perbelanjaan pengiklanan yang dikenal pasti berasaskan ketetapan yang dibuat oleh pihak bertanggungjawab yang diperakui oleh agensi pengiklanan. Pihak yang bertanggungjawab ini termasuk kerajaan, persatuan pengiklanan yang diiktiraf, stesen penyiaran, syarikat akhbar, atau syarikat penerbitan yang lain. Ketetapan kos ini bergantung pada pasaran, iaitu jumlah permintaan atau edaran, mutu dan peringkat kemasyhuran sesebuah stesen penyiaran, atau syarikat akhbar dan majalah pada sesuatu masa tertentu. Ketetapan kos ini kerap dirujuk dan digunakan sewaktu penyediaan belanjawan sesuatu aktiviti pengiklanan sesebuah syarikat pengeluar atau akaun agensi pengiklanan. Ketetapan kos pengiklanan yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab tersebut menjadi rujukan utama kepada syarikat media, syarikat pengeluar, atau pihak kerajaan untuk memantau dan mengesahkan sesuatu belanjawan pengiklanan yang telah dan akan dilaksanakan.
investigatorpenyelidikHerbaPeraturan dan PemasaranIndividu yang bertanggungjawab untuk menjalankan ujian klinikal di tapak ujian. Sekiranya ujian klinikal dijalankan secara berpasukan di tapak ujian, penyelidik ini bertindak sebagai penyelidik utama yang bertanggungjawab mengetuai pasukannya.
Llyod's underwriterpengunderait LloydPentadbiran PerniagaanTiadaIndividu yang mengunderait risiko melalui kemudahan di Llyod. Mereka ini akan bertanggungjawab ke atas risiko yang diterima oleh mereka tetapi tidak bertanggungjawab ke atas risiko ahli sindiket mereka atau keseluruhan persatuan.
collaboratorkolaboratorPerpustakaanTiada1. Kolaborator: Seseorang yang bekerjasama dengan seseorang atau beberapa orang lain dalam penulisan buku dan bertanggungjawab terhadap beberapa aspek di dalam karya yang dihasilkan tetapi tidak bertanggungjawab kepada kandungan karya secara keseluruhannya.
12345678910...

Kembali ke atas