Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.ruh] | برتاروه

Definisi : 1. memasang taruh (dlm perjudian), bertagan: adakah orang hendak menyabung ~ begitu kecil? 2. memastikan (menjamin) dgn membubuh taruh: saya berani ~ mereka itu masih bersekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.ruh] | برتاروه

Definisi : 1 memasang taruh ketika berjudi; bertagan: Ke­banyakan orang yg ~ dlm permainan judi itu telah kalah. 2 membubuh taruh kerana terlalu yakin atau pasti akan sesuatu: Saya berani ~ Malaysia akan menang dlm peraduan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taruh (kata nama)
1. Bersinonim dengan tagan: teban, tabanan,

2. Bersinonim dengan cagaran: sandaran, tanggungan, gadaian,

Kata Terbitan : bertaruh, menaruh, mempertaruhkan, taruhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKAU

Pakau ialah permainan terup, iaitu pemain-

pemain bertaruh berdasarkan kad yang mereka

peroleh atau berharap untuk diperoleh.

UMUM 
PERJUDIAN

Perjudian ialah pertaruhan ke atas hasil sesuatu

permainan, peristiwa, atau kejadian secara

kebetulan. Penjudi atau pemain biasanya bertaruh

duit terhadap ramalan yang dibuat. Pertaruhan

dibuat pada permainan menguji nasib seperti

loteri, daun terup, dadu, lumba kuda, tinju, dan

acara sukan yang lain.

UMUM 
MELIGAS

Meligas juga dikenali sebagai lumba abah-abah,

merupakan satu perlumbaan kuda yang popular.

Dalam meligas, setiap kuda menarik pemandu yang

berada di dalam kenderaan ringan beroda dua yang

dikenali sebagai sulky. Meligas popular di Australia,

Kanada, New Zealand, dan Amerika Syarikat, serta

kebanyakan negara Eropah. Berjuta-juta orang

menyaksikan perlumbaan meligas setiap tahun.

Kebanyakan perlumbaan berlangsung di trek

perlumbaan yang besar di mana orang ramai boleh

bertaruh ke atas kuda.

UMUM 

Kembali ke atas