Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.téng.gé/] | برتيڠݢيق

Definisi : 1. duduk di tempat yg agak tinggi (burung di atas dahan dll): dia duduk bertenggek di atas anak tangga utk mele­paskan lelahnya; 2. terletak miring (topi di kepala dll), teleng, senget: songkok hitam drpd baldu yg mahal harganya menenggek di atas kepalanya; 3. ki sentiasa menumpang dll pd orang lain, menebeng; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.téng.gé/] | برتيڠݢيق

Definisi : , me­nenggek 1 duduk atau ber­tinggung di tempat yg agak tinggi (spt burung di dahan); bertengger: Burung-burung itu ~ di dahan. 2 terletak miring (ttg songkok di atas kepala dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenggek
Kata Terbitan : bertenggek, menenggek, tenggekan, penenggek,

Puisi
 

Burung merpati terbang ke hutan,
     Duduk bertenggek di tepi sungai;
Tuan umpama cahaya intan,
     Bagai zamrud baru dicanai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kuman di seberang lautan tampak,
     gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Bermaksud :

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
perch 1 vi rest on st high, a. (of bird, hen, etc) bertenggek, bertengger: the doves ~ed on the fence, burung-burung merpati itu bertenggek di atas pagar; b. (of person, statue) bertenggek: the model ~ed on the bonnet of the Ferrari, model itu bertenggek di bonet kereta Ferrari; a pair of marble lions ~ on stone pillars at the gate, sepasang singa marmar bertenggek di atas tiang batu pintu pagar itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roostvi rest, sleep on a roost, bertenggek: the hens ~ in the barn, ayam-ayam itu bertenggek dlm bangsal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sit 2. (of bird) perch, bertenggek: the little bird sat on the window sill, burung kecil itu bertenggek di ambang jendela;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
batten2vi; ~ /on, upon/, mengeksploitasi, /bertenggek, menenggek/ pd: it is not fair to ~ on others, tdk adil bertenggek pd orang lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roostn 1. perch on which birds rest or sleep, tempat /bertenggek, bertengger/; 2. hen-house, reban; come home to ~, terkena batang hidung sendiri, berbalik kpd sso: all his misdeeds came home to ~, segala perbuatan jahatnya terkena batang hidung sendiri; rule the ~, menjadi tuan: his wife rules the ~ in the household, isterinya menjadi tuan dlm rumah itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perch 1 n 1. branch, pole, etc on which a bird rests, tempat /bertenggek, bertengger/: the bird flew down from its ~ on the roof, burung itu terbang turun dr tempat bertenggeknya di atas bumbung; 2. structure for bird to rest on, tenggeran; 3. (colloq) high place in which one stops at for a while, tempat tinggi: we watched the harbour from our ~ on the hill, kami memperhatikan pelabuhan itu dr tempat tinggi di atas bukit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
preenvi 1. trim and dress feathers using beak, menyelisik: the bird sat on the fence ~ing, burung itu bertenggek di atas pagar menyelisik; 2. show pride, self-satisfaction, berasa megah: he positively ~ed with pleasure at such praise, dia betul-betul berasa megah dipuji begitu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plumevi(of a bird) preen, menyelisik bulu: the bird sat pluming itself on the gate post, burung itu bertenggek menyelisik bulunya di atas tiang pagar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ledgen belebas: a window ~, belebas tingkap; a seagull perched on a narrow ~ jutting out from the cliff, seekor burung camar bertenggek di atas belebas sempit yg tertonjol dr cenuram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ledgen belebas: a window ~, belebas tingkap; a seagull perched on a narrow ~ jutting out from the cliff, seekor burung camar bertenggek di atas belebas sempit yg tertonjol dr cenuram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas